KEKOSONGAN JAWATAN
Golden Art Sofa Industries Sdn. Bhd.
Lokasi: Bukit Rambai, Melaka
Kami sedang mencari individu yang kreatif, aktif menggunakan TikTok dan berminat menghasilkan kandungan video untuk menyertai pasukan kami.
Jika anda suka merakam video, mengedit video, mengikuti trend TikTok dan menghasilkan kandungan , jawatan ini sesuai untuk anda!
Tanggungjawab
- Merakam dan mengedit video TikTok berdasarkan storyline dan arahan yang diberikan oleh Pengurus.
- Menghasilkan kandungan berkaitan Golden Art Sofa dan Artriture.
- Mengurus jadual rakaman dan membuat peringatan kepada Pengurus serta kakitangan yang terlibat.
- Memastikan video yang telah dirakam, disunting dan disediakan untuk dimuat naik.
- Mengurus dan memuat naik video ke akaun TikTok syarikat.
- Mencari serta mencadangkan idea kandungan berdasarkan trend TikTok, isu semasa dan perkembangan pemasaran.
- Menghasilkan kandungan bersama staff atau tampil sendiri dalam video apabila diperlukan.
- Membantu mengendalikan Siaran Langsung TikTok sebagai Moderator.
- Memilih kandungan yang sesuai untuk dikongsikan dalam kumpulan syarikat dan membuat peringatan kepada kakitangan untuk membantu berkongsi video tersebut.
- Memantau prestasi asas kandungan seperti view, like, komen dan share.
- Membantu tugasan pentadbiran yang berkaitan dengan kandungan dan media sosial.
Syarat Kelayakan
- Berminat dan aktif menggunakan TikTok serta media sosial.
- Mempunyai kemahiran asas dalam merakam dan mengedit video.
- Mempunyai kemahiran menggunakan CapCut / Canva merupakan satu kelebihan.
- Kreatif dan sentiasa mengikuti trend, audio serta kandungan semasa.
- Berani dan selesa untuk tampil dalam video apabila diperlukan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan boleh bekerjasama dengan semua jabatan berkaitan.
- Boleh mengurus masa dan menyiapkan tugasan mengikut jadual.
- Proaktif, bertanggungjawab dan boleh bekerja dengan pengawasan minimum.
- Pengalaman dalam penciptaan kandungan, TikTok atau media sosial merupakan satu kelebihan.
Faedah
- Caruman KWSP & PERKESO
- Kemudahan klinik panel
- Cuti tahunan
- Peluang pembangunan kerjaya
- Kenaikan gaji berdasarkan prestasi
- Tempat letak kereta percuma
Berminat? Hantarkan resume melalui WhatsApp:
************* 3604
Sertai pasukan kami dan hasilkan kandungan yang menarik bersama kami!
Pay: From RM1,800.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Maternity leave
Work Location: In person