OPERATOR PENGELUARAN
1. Tujuan Jawatan
Bertanggungjawab menjalankan aktiviti pengeluaran mengikut arahan kerja, Prosedur Operasi Standard (SOP), keperluan Good Manufacturing Practice (GMP), keselamatan dan standard kualiti syarikat bagi memastikan proses pengeluaran berjalan dengan lancar, selamat dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
2. Tanggungjawab Utama
A. Operasi Pengeluaran
- Menjalankan aktiviti pengeluaran mengikut jadual dan arahan yang ditetapkan.
- Mengendalikan mesin, peralatan dan perkakas pengeluaran mengikut SOP dan arahan kerja
- Memastikan bahan mentah dan bahan pembungkusan yang digunakan adalah betul sebelum memulakan proses pengeluaran
- Melaksanakan proses seperti penimbangan, pencampuran, pengisian, pembungkusan, pelabelan atau aktiviti berkaitan mengikut tugasan yang diberikan.
- Memastikan sasaran pengeluaran harian dicapai dengan mengekalkan tahap kualiti yang ditetapkan.
- Melaporkan sebarang kerosakan mesin, ketidaknormalan proses atau masalah pengeluaran kepada Ketua Pasukan atau Penyelia dengan segera.
B. Kualiti & GMP
- Memastikan semua SOP, arahan kerja, GMP, HACCP dan keperluan kualiti yang ditetapkan oleh syarikat.
- Memastikan produk yang dihasilkan memenuhi spesifikasi dan standard kualiti.
- Menjalankan pemeriksaan asas terhadap produk semasa proses pengeluaran.
- Mengelakkan pencemaran, pencemaran silang dan percampuran produk atau bahan.
- Melaporkan sebarang ketidakpatuhan atau kecacatan produk kepada pihak atasan dan QA/QC.
C. Kebersihan & Keselamatan
- Memastikan kawasan kerja, mesin dan peralatan sentiasa bersih dan teratur.
- Melaksanakan aktiviti pembersihan sebelum, semasa dan selepas proses pengeluaran mengikut SOP.
- Memakai Personal Protective Equipment (PPE) yang ditetapkan.
- Mematuhi semua peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
- Melaporkan dengan segera sebarang kemalangan, keadaan tidak selamat atau risiko keselamatan kepada pihak atasan.
D. Dokumentasi & Rekod
- Mengisi rekod pengeluaran dengan tepat, lengkap dan pada masa yang ditetapkan.
- Memastikan semua maklumat berkaitan proses, kuantiti dan penggunaan bahan direkodkan dengan betul.
- Mematuhi keperluan dokumentasi dan kebolehankesanan (traceability) syarikat.
3. Kelayakan
- Minimum SPM/STPM/Sijil Kemahiran atau kelayakan yang setaraf
- Pengalaman dalam persekitaran kilang, khususnya industri makanan, minuman, atau produk kesihatan adalah satu kelebihan
- Pengalaman mengendalikan mesin pengeluaran merupakan satu kelebihan.
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Dental insurance
- Free parking
- Health insurance
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person