- Jalan Banting-Semenyih Kajang Selangor Malaysia
Working Location
Job Description
Responsibilities
PROTEGE - PEROLEHAN
Membantu Ketua Jabatan dalam mengurus dan melaksanakan proses perolehan barangan, bahan mentah, alat ganti, peralatan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan operasi syarikat secara cekap, telus, berkualiti dan mengikut bajet serta dasar syarikat, dengan tugasan dan tanggungjawab, tapi tidak terhad, merangkumi perkara berikut:
Perancangan Perolehan
1.Menerima, menyemak dan memproses permohonan pembelian (Purchase Requisition) daripada jabatan-jabatan berkaitan.
2.Memastikan spesifikasi , kuantiti, dan keperluan pembelian adalah lengkap sebelum proses perolehan dijalankan.
3.Merancang keperluan pembelian bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan tidak mengganggu operasi syarikat.
Pengurusan Pembekal
1.Mengenal pasti, menilai dan mencadangkan pembekal yang berkelayakan berdasarkan harga, kualiti, penghantaran, kapasiti dan prestasi.
2.Mendapatkan sebut harga daripada beberapa pembekal mengikut dasar perolehan syarikat.
3.Menjalankan penilaian prestasi pembekal secara berkala dan mengesyorkan tindakan penambahbaikan atau penukaran pembekal sekiranya perlu.
Rundingan dan Pembelian
1.Menjalankan rundingan harga, terma pembayaran, tempoh penghantaran, jaminan dan syarat kontrak bagi mendapatkan nilai terbaik kepada syarikat.
2.Menyediakan dan mengeluarkan Pesanan Belian (Purchase Order) setelah mendapat kelulusan yang sewajarnya.
3.Memastikan semua pembelian mematuhi had kuasa kelulusan (Delegation of Authority) serta polisi dan prosedur syarikat.
Pemantauan Penghantaran
1.Memantau status penghantaran pesanan bagi memastikan bekalan diterima mengikut jadual yang dipersetujui.
2.Mengurus tuntutan berkaitan barang rosak, tidak menepati spesifikasi atau ketidakpatuhan pembekal.
Pengurusan Dokumen
1.Menyediakan dan menyelenggara rekod lengkap berkaitan permohonan pembelian, sebut harga, pesanan belian, kontrak, invois dan dokumen sokongan.
2.Memastikan semua dokumen perolehan disimpan secara sistematik dan mudah dijejaki untuk tujuan audit.
Kelayakan
1. Ijazah Sarjana Muda dalam Perolehan, Pengurusan Rantaian Bekalan, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Operasi atau bidang berkaitan.
2. Mempunyai pengetahuan mengenai proses perolehan, pengurusan kontrak, rundingan komersial dan pengurusan pembekal.
3. Mahir menggunakan Microsoft Office dan membuat pembentangan laporan.
4. Berintegriti tinggi serta mampu mengendalikan maklumat dan urusan perolehan secara sulit dan profesional.
Job Type: Full-time
Pay: RM1,999.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
Experience:
Work Location: In person
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.