Keperluan Jawatan:
- Minimum kelayakan SPM atau setaraf
- Mempunyai lesen memandu D/GDL yang sah
- Mempunyai sikap kerja yang baik dan bertanggungjawab
- Bersedia untuk bekerja melebihi waktu bekerja atau mengikut jadual yang ditetapkan
- Mempunyai kemahiran pengurusan masa yang baik
Ringkasan Jawatan
Jawatan ini bertanggungjawab untuk menghantar karton air minuman dan barangan lain kepada pelanggan serta outlet BuraqMart, termasuk mengambil barangan daripada pembekal apabila diperlukan. Pemandu Penghantaran bertanggungjawab memastikan semua barangan dihantar dengan selamat, teratur dan mengikut masa yang ditetapkan. Jawatan ini juga melibatkan kerja memuat dan memunggah barangan serta membantu aktiviti operasi dan bukan operasi harian apabila diperlukan.
Tugas & Tanggungjawab
- Memuat, mengangkut dan menghantar karton air minuman serta barangan lain kepada pelanggan dan outlet BuraqMart dengan selamat dan mengikut masa yang ditetapkan.
- Memeriksa pesanan sebelum dan selepas penghantaran bagi memastikan semua barangan lengkap dan dihantar ke lokasi yang betul.
- Bertanggungjawab untuk memuat dan memunggah barangan daripada kenderaan.
- Mengambil barangan daripada pembekal atau lokasi yang ditetapkan apabila diperlukan.
- Mengutip bayaran daripada pelanggan bagi transaksi Cash on Delivery (COD), jika berkenaan.
- Memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik serta mengendalikan pertanyaan atau aduan pelanggan secara profesional.
- Mematuhi laluan penghantaran dan jadual yang telah ditetapkan.
- Memastikan barangan dikendalikan dengan baik bagi mengelakkan kerosakan semasa proses penghantaran.
- Memastikan kebersihan, keselamatan dan keadaan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik.
- Mematuhi semua peraturan jalan raya dan undang-undang pengangkutan yang berkaitan serta mengekalkan rekod pemanduan yang selamat.
- Melaporkan sebarang masalah kenderaan, kemalangan atau isu berkaitan penghantaran kepada penyelia dengan segera.
- Membantu dalam aktiviti operasi dan bukan operasi harian lain seperti yang diarahkan oleh penyelia.
Pay: RM1,700.00 - RM2,550.00 per month
Benefits:
Work Location: In person