- Shah Alam Selangor Malaysia
Working Location
Job Description
Responsibilities
JAWATAN KOSONG – PROJECT SUPPORT STAFF
PT Herbal Penawar Alwahida Indonesia (HPAI) kini membuka peluang untuk menyertai Projek Pembangunan Perniagaan HNI Malaysia sebagai:
Jawatan: Project Support Staff
Status: Separuh Masa (Part-Time) / Sepenuh Masa (Full-Time) mengikut keperluan projek
Lokasi: Bangi/Kajang, Selangor, Malaysia
Tanggungjawab Utama:
• Menyediakan dan mengurus peralatan serta kelengkapan yang diperlukan untuk aktiviti projek.
• Memberikan sokongan pentadbiran termasuk penjadualan, penyimpanan rekod dan dokumentasi projek.
• Membantu aktiviti operasi di lapangan, termasuk penyediaan tempat, pengurusan barangan dan koordinasi di lokasi.
• Berkoordinasi dengan pasukan Corporate Representative (CR) dan pihak berkaitan bagi memastikan kelancaran operasi.
• Mengurus aset dan inventori projek serta memastikan rekod sentiasa dikemas kini.
• Memastikan aktiviti dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) syarikat.
Kelayakan:
Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
Minimum kelayakan SMA/SMK atau setaraf
Sihat dari segi fizikal dan mampu melakukan aktiviti fizikal secara aktif
Mempunyai pengalaman dalam bidang operasi, peruncitan, kiosk atau sales support merupakan satu kelebihan
Bersedia menyediakan dan mengurus peralatan kerja secara kendiri
Bersedia bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan memerlukan pergerakan yang tinggi
Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, berdisiplin dan bertanggungjawab
Mampu bekerja secara individu mahupun dalam pasukan
Mampu memandu kereta dan motosikal serta mempunyai lesen memandu yang sah
Lokasi kerja: Bangi/Kajang, Selangor, Malaysia
Jika anda seorang yang aktif, bertanggungjawab, cekap dan bersedia menyokong perkembangan HNI di Malaysia, kami mengalu-alukan permohonan anda!
Hantarkan permohonan anda ke: *************
Subjek: BSS_HNIM_Nama Anda
Tarikh tutup permohonan: 19 Ogos 2026
Calon yang memenuhi kriteria akan dihubungi untuk proses seterusnya.
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.