jobs in JET KERTAS TRAVELS SDN BHD

JET KERTAS TRAVELS SDN BHD Hiring! Full Time SALES MANAGER in Selangor, Earn up to MYR 3,500 - Ricebowl

SALES MANAGER

JET KERTAS TRAVELS SDN BHD

MYR3,000 - MYR3,500 Per Month

Teluk Panglima Garang, Selangor

Share
Save

Working Location

  • Teluk Panglima Garang Selangor Malaysia

Job Description

Responsibilities

Skop Tugas

  • Merancang, membangunkan dan melaksanakan strategi jualan bagi mencapai sasaran syarikat.
  • Menetapkan sasaran jualan bulanan, suku tahunan dan tahunan kepada pasukan jualan.
  • Memantau prestasi pasukan jualan serta memastikan setiap ahli mencapai KPI yang ditetapkan.
  • Membimbing, melatih dan menilai prestasi Sales Executive bagi meningkatkan produktiviti dan kemahiran jualan.
  • Mengenal pasti peluang pasaran baharu serta membangunkan strategi untuk meningkatkan jualan pakej pelancongan.
  • Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan individu, pelanggan korporat, ejen dan rakan strategik.
  • Mengurus rundingan harga, kontrak dan kerjasama dengan pelanggan atau rakan niaga.
  • Menyemak dan meluluskan sebut harga (quotation), pakej khas dan cadangan jualan sebelum dihantar kepada pelanggan.
  • Memastikan semua pertanyaan pelanggan dikendalikan dengan cepat, profesional dan mengikut piawaian syarikat.
  • Bekerjasama dengan Jabatan Operasi bagi memastikan setiap tempahan dan perjalanan pelanggan berjalan lancar.
  • Bekerjasama dengan Jabatan Pemasaran dalam merancang promosi, kempen digital, roadshow, travel fair dan aktiviti jualan.
  • Menganalisis trend pasaran, harga pesaing dan permintaan pelanggan bagi meningkatkan daya saing syarikat.
  • Menyediakan laporan jualan harian, mingguan dan bulanan serta membentangkan pencapaian kepada pihak pengurusan.
  • Memastikan semua proses jualan mematuhi polisi syarikat, garis panduan industri dan peraturan pihak berkuasa berkaitan.
  • Mengurus bajet jualan serta memastikan penggunaan sumber secara efektif.
  • Mengendalikan aduan pelanggan yang memerlukan tindakan pengurusan dan memastikan penyelesaian yang memuaskan.
  • Mewakili syarikat dalam mesyuarat, pameran, seminar, travel fair dan sesi bersama pelanggan korporat.
  • Menjalankan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

KPI Utama

  • Mencapai sasaran jualan bulanan, suku tahunan dan tahunan.
  • Meningkatkan hasil jualan dan keuntungan syarikat.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 90% pasukan jualan mencapai KPI masing-masing.
  • Meningkatkan bilangan pelanggan baharu dan pelanggan korporat.
  • Meningkatkan kadar penukaran pertanyaan kepada tempahan (Sales Conversion Rate).
  • Meningkatkan kadar pelanggan berulang (Customer Retention).
  • Memastikan laporan jualan dihantar tepat pada masanya.
  • Mengekalkan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi dan mengurangkan aduan pelanggan.

Pay: RM3,000.00 - RM3,500.00 per month

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More