Tugas Pengawal Keselamatan
- Membuat rondaan setiap masa untuk memastikan keselamatan kawasan/ bangunan dan tempat bertugas.
- Membuat laporan bertulis mengenai rondaan di sekeliling Kawasan premis dalam Buku Laporan Bertugas Harian setiap dua (2) jam.
- Bertanggungjawab untuk memastikan kawasan bangunan tidak dicerobohi oleh individu-individu yang tidak berkaitan.
- Merekodkan setiap kejadian yang tidak diingini di dalam buku laporan harian yang disediakan oleh pihak syarikat.
- Memastikan pelawat-pelawat luar melaporkan diri di Pos Pengawal sebelum dibenarkan masuk kedalam kawasan premis.
- Membuat pemerhatian terhadap semua individu yang keluar masuk ke kawasan premis.
- Menghubungi pihak pengurusan premis dan pihak berkuasa berkaitan dengan segera sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecurian, pencerobohan dan sebagainya.
- Membuka pintu utama di setiap blok/premis di waktu bertugas dan menutupnya kembali setelah tamat waktu pejabat.
- Membuat kawalan dan pemantauan keluar masuk kakitangan dan orang awam yang berurusan di kawasan premis dengan memastikan individu yang tidak berkaitan seperti jurujual, peminta derma supaya tidak masuk ke kawasan/ bangunan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan premis.
Syarat Kelayakan Pengawal Keselamatan :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 18 hingga 45 tahun.
- Minimum lulusan SPM atau setaraf dengannya.
- Mempunyai sijil pelatihan pengawal keselamatan atau pengalaman kerja dalam bidang tersebut adalah dianggap sebagai satu kelebihan.
- Tidak mempunyai rekod jenayah atau rekod kesihatan yang teruk.
- Mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan baik dan mempunyai kecekapan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
- Bersikap teliti, amanah dan berdisiplin.
- Boleh bekerja shift siang dan malam.
Job Types: Full-time, Permanent, Contract
Pay: RM1,700.00 - RM2,800.00 per month
Work Location: In person