Sales Consultant bertanggungjawab untuk mempromosikan dan menjual perkhidmatan pembinaan rumah kepada pelanggan individu dan korporat. Jawatan ini melibatkan pencarian pelanggan baharu, memberi khidmat nasihat berkaitan pakej pembinaan, serta mengurus proses jualan dari peringkat awal sehingga perjanjian ditandatangani, bagi memastikan sasaran jualan syarikat dicapai dan kepuasan pelanggan terjamin.
TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN UTAMA
- · Menerima arahan dan membantu Managing Director dan Chief Executive Officer (CEO) melancarkan penjualan.
- · Mempromosikan perkhidmatan pembinaan rumah, pakej reka bentuk dan spesifikasi kepada pelanggan.
- · Mengenal pasti prospek baharu melalui iklan, media sosial, rujukan dan walk-in pelanggan
- · Menyediakan sebut harga, cadangan jualan dan menjalankan rundingan sehingga penutupan jualan.
- · Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan mengenai pilihan reka bentuk, pelan lantai, bahan binaan dan bajet.
- · Membina dan mengekalkan hubungan jangka panjang yang baik dengan pelanggan.
- · Memahami keperluan pelanggan dan mencadangkan penyelesaian yang sesuai.
- · Mencapai atau melebihi sasaran jualan bulanan yakni RM210,000/sebulan .
- · Tugas-tugas lain tidak dinyatakan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
- · Menyediakan ramalan jualan dan laporan prestasi secara mingguan & bulanan.
- · Memantau trend pasaran, aktiviti pesaing dan keperluan pelanggan
- · Memberi maklum balas kepada pihak pengurusan bagi penambahbaikan strategi jualan.
- · Mengemaskini rekod jualan, maklumat pelanggan (database) dan status pipeline jualan dengan tepat.
- · Bekerjasama dengan team marketing dan projek bagi memastikan kepuasan pelanggan
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Work Location: In person