- Ayer Keroh Melaka Malaysia

Working Location
Job Description
Responsibilities
1) Skop Tugas
a) Membantu melaksanakan urusan pentadbiran dan operasi harian Kompleks Sukan UTeM Holdings.
b) Membantu mengendalikan urusan tempahan gelanggang serta membuat semakan penggunaan fasiliti.
c) Membuat pemantauan asas terhadap keadaan, kebersihan dan kemudahan fasiliti serta melaporkan sebarang isu kepada Unit Teknikal / Pengurusan.
d) Memberikan khidmat pelanggan serta membantu urusan pertanyaan pelanggan dan penyewa berkaitan operasi Kompleks Sukan.
e) Merekod dan mengemaskini maklumat berkaitan operasi, tempahan dan penggunaan fasiliti serta menyediakan laporan ringkas apabila diperlukan.
f) Membantu melaksanakan aktiviti pemasaran dan promosi bagi meningkatkan hebahan serta tempahan Kompleks Sukan.
g) Menyediakan bahan promosi asas seperti poster, banner, hebahan dan kandungan media sosial.
h) Mengemaskini kandungan dan maklumat promosi di platform media sosial Kompleks Sukan berdasarkan arahan yang diberikan.
i) Membantu pelaksanaan kempen pemasaran, program, kejohanan dan aktiviti promosi yang dianjurkan di Kompleks Sukan.
j) Membantu melaksanakan aktiviti promosi dan penjenamaan Kompleks Sukan UTeM Holdings.
k) Membantu dalam urusan penerimaan bayaran, rekod transaksi atau dokumentasi berkaitan operasi Kompleks Sukan mengikut prosedur yang ditetapkan, sekiranya diperlukan.
l) Melaksanakan tugasan lain yang bersesuaian dengan jawatan sebagaimana diarahkan oleh Pengurusan dari semasa ke semasa.
2) Kelayakan
a) Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf.
b) Mempunyai kemahiran asas menggunakan Microsoft Office.
c) Mempunyai kemahiran asas dalam menghasilkan bahan promosi menggunakan Canva atau aplikasi yang setara adalah satu kelebihan.
d) Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta mesra dalam berurusan dengan pelanggan.
e) Bertanggungjawab, berdisiplin, amanah dan mampu melaksanakan tugasan berdasarkan arahan yang diberikan.
f) Mampu bekerja secara individu dan berkumpulan serta bersedia mempelajari perkara baharu.
g) Bersedia bekerja mengikut jadual operasi Kompleks Sukan termasuk pada hujung minggu atau cuti umum sekiranya diperlukan.
Pay: RM2,100.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
Work Location: In person
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.