- Sungai Petani Sungai Petani Kedah Malaysia 08000

工作地点
职位描述
任职资格
Mempunyai Sijil atau Diploma dalam bidang Kulinari atau bidang berkaitan.
Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam operasi dapur hotel, katering, banquet atau penyediaan makanan secara pukal.
Mempunyai pengalaman menyelia dan menguruskan pasukan dapur.
Berkemahiran menyediakan makanan Melayu, buffet, majlis perkahwinan dan menu katering.
Mempunyai pengetahuan dalam perancangan menu, kawalan portion, stok, kos makanan serta kaedah FIFO dan FEFO.
Wajib mempunyai Sijil Latihan Pengendali Makanan dan suntikan tifoid yang masih sah.
Mempunyai kemahiran kepimpinan, komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.
Mampu bekerja di bawah tekanan dan menguruskan tempahan atau acara dalam kuantiti yang besar.
Bersedia bekerja mengikut keperluan operasi termasuk hujung minggu, cuti umum, kerja lebih masa dan katering luar.
Seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin, menjaga kebersihan dan mampu bekerja secara berpasukan.
岗位职责
Mengetuai, mengurus dan menyelia keseluruhan operasi Jabatan Dapur.
Merancang pembahagian tugas, jadual kerja, waktu bertugas, cuti dan keperluan tenaga kerja bagi staf dapur.
Mengadakan taklimat kerja sebelum operasi, katering atau acara bermula.
Memastikan setiap staf memahami tugasan, menu, jumlah tetamu, masa penyediaan dan keperluan acara.
Menyediakan atau menyemak menu, resipi, portion, kuantiti bahan mentah dan jadual penyediaan makanan.
Mengawal penyediaan makanan bagi operasi katering, banquet, buffet, majlis perkahwinan, mesyuarat dan acara luar.
Memastikan makanan disediakan mengikut masa, kuantiti, rasa, kualiti dan persembahan yang ditetapkan.
Menyelia proses persediaan, memasak, packing, labeling, loading, penghantaran dan penyajian makanan.
Memastikan makanan yang dihantar ke lokasi katering berada dalam keadaan selamat, lengkap dan sesuai untuk disajikan.
Menyelia Commis Chef, Kitchen Helper, Steward, pekerja sambilan dan mana-mana kakitangan yang ditempatkan di Jabatan Dapur.
Menilai prestasi, disiplin, kehadiran, produktiviti dan tahap pematuhan staf dapur.
Melaporkan kepada pihak Pengurusan sekiranya berlaku masalah disiplin, ketidakhadiran, kecuaian, kelewatan atau kegagalan melaksanakan tugas.
Merancang keperluan pembelian bahan mentah berdasarkan tempahan, jumlah tetamu dan stok sedia ada.
Menyemak permohonan pembelian atau Purchase Requisition sebelum dikemukakan kepada pihak Pengurusan.
Memastikan penggunaan bahan mentah dikawal dan mengurangkan pembaziran, kerosakan, kehilangan serta lebihan makanan.
Menjalankan pemeriksaan stok dan memastikan rekod penerimaan, pengeluaran serta penggunaan bahan dikemas kini.
Memastikan sistem FIFO dan FEFO dilaksanakan bagi semua bahan makanan.
Memastikan bahan mentah, makanan siap dan makanan lebihan dilabel serta disimpan dengan betul.
Memastikan kawasan dapur, peti sejuk, freezer, stor, peralatan dan perkakas sentiasa bersih, selamat dan tersusun.
Memastikan semua staf mematuhi standard kebersihan diri, pemakaian uniform dan prosedur keselamatan makanan.
Memastikan semua staf mempunyai Sijil Pengendalian Makanan dan suntikan tifoid yang masih sah.
Memastikan pemeriksaan suhu makanan, peti sejuk, freezer dan kawasan penyimpanan dijalankan serta direkodkan.
Mengambil tindakan segera sekiranya berlaku pencemaran makanan, kerosakan peralatan, kerosakan bahan mentah atau risiko keselamatan.
Menyelaras operasi dapur dengan Jabatan Banquet, Event Management, Front Office, Sales, Housekeeping dan pihak Pengurusan.
Menghadiri mesyuarat pengurusan, taklimat acara, site inspection atau perbincangan operasi apabila diarahkan.
Menyediakan laporan harian, laporan acara, laporan pembaziran, laporan kerosakan dan laporan operasi dapur.
Memastikan semua peralatan katering yang dibawa keluar direkod, digunakan dengan baik dan dikembalikan dalam keadaan lengkap.
Memastikan operasi dapur mematuhi bajet, arahan Pengurusan, polisi syarikat dan prosedur operasi standard yang berkuat kuasa.
Bersedia bekerja pada waktu malam, awal pagi, hujung minggu, cuti umum atau kerja lebih masa berdasarkan keperluan operasi dan acara.
Menjalankan apa-apa tugas lain yang diarahkan oleh Hotel Manager, pihak Pengurusan atau pegawai atasan yang dilantik dari semasa ke semasa.
好处
重要安全守则
申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。