Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab membantu Chef dalam penyediaan makanan asas, urusan operasi dapur serta memastikan kebersihan dan tahap keselamatan makanan sentiasa terjaga. Turut membantu dalam penyediaan makanan semasa waktu sibuk serta memastikan semua prosedur keselamatan, kebersihan dan operasi dipatuhi.
Keperluan Jawatan
Pendidikan
- Minimum SPM atau kelayakan yang setaraf.
- Pengetahuan asas mengenai pengendalian makanan, kebersihan dan keselamatan dapur merupakan satu kelebihan.
Pengalaman
- Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja di kafe, kantin atau perkhidmatan makanan adalah digalakkan.
- Pengalaman bekerja di dapur fasiliti sukan atau rekreasi merupakan satu kelebihan.
- Calon tanpa pengalaman tetapi mempunyai sikap positif dan bersedia untuk belajar juga digalakkan memohon.
Kemahiran & Kompetensi
- Boleh membantu dalam penyediaan makanan dan minuman asas.
- Mempunyai kemahiran kerja berpasukan dan komunikasi yang baik.
- Sihat tubuh badan dan mampu bekerja dalam persekitaran yang pantas.
- Mampu memastikan kebersihan dan tahap kebersihan diri serta kawasan dapur dan perkhidmatan sentiasa terjaga.
- Mempunyai kemahiran asas khidmat pelanggan untuk membantu semasa waktu sibuk.
Keperluan Lain
- Bersedia bekerja secara syif, hujung minggu dan cuti umum mengikut jadual.
- Menepati masa, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
- Mempunyai sikap kerja yang positif serta boleh menerima dan melaksanakan arahan daripada Chef.
- Mematuhi prosedur keselamatan, kebersihan dan operasi syarikat.
Pay: RM1,700.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Health insurance
- Maternity leave
- Meal provided
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person