
SLT Woodwork Sdn Bhd
50-200 Employees · Manufacturing / Production
<10
Followers
About SLT Woodwork Sdn Bhd
SLT Woodwork Sdn. Bhd. (SLTWSB) telah ditubuhkan pada 13hb June 2017 dan merupakan pengeluar perabot berasaskan kayu. Perniagaan ini menjalankan aktiviti pengeluaran ditapak yang berkeluasan kira-kira 3.4 ekar di Kawasan Perindustrian Pengkalan II, Pusing Perak. Objektif syarikat ialah untuk menjadikan syarikat bumiputera yang berjaya dalam industri perabot.
Berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang ini, kami menyediakan perkhidmatan menyeluruh kepada pelanggan merangkumi lakar bentuk produk (design), perlaksanaan kerja serta perkongsian pandangan dan kepakaran berkenaan industri berasaskan kayu. Hal ini telah mengangkat nama, kredibiliti, kepercayaan dan penghormatan banyak pihak kepada kami.
SLTWSB memfokuskan penghasilan produk kepada tiga segmen utama:
(a)Menghasilkan perabot kayu untuk kegunaan sekolah/ institusi pendidikan dan lain-lain.
(b)Menghasilkan perabot kayuan komersial untuk golongan berpendapatan tinggi sebagai kelompok sasaran.
(c)Menghasilkan produk kayu/peralatan/komponan untuk kegunaan industri tertentu.
Kami memiliki kombinasi pelbagai pelanggan untuk mengelakkan pergantungan kepada satu pelanggan sahaja dalam memastikan perniagaan berjalan lancar.
KEMAMPUAN PENGURUSAN
(a)Kami memiliki pasukan staf dan pekerja yang berpengalaman dan berkebolehan tinggi serta mampu melaksakan tugas dengan pengawasan minima. Keadaan ini telah mengembangkan lagi bakat dan kebolehan modal insan kami seterusnya membolehkan mereka berupaya memenuhi kehendak pasaran semasa.
(b)R&D (Research & Development) ke atas setiap produk yang dihasilkan telah meletakkan kami sebagai pengeluar yang kompetitif dan berdaya saing.
(c)Berpegang kepada polisi “meminimakan rungutan dan pantas bertindak”, kami sentiasa mendapatkan pandangan pakar serta mengkaji setiap masalah yang berbangkit seterusnya mencari solusi yang efektif.
SLT Woodwork Sdn Bhd Photos
SLT Woodwork Sdn Bhd Business Information
Got questions about working here? Let the employer answer!
SLT Woodwork Sdn Bhd Company Address
Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Kampung Baru, WP Kuala Lumpur, Malaysia