jobs in PTHQ Ibnu Sina

PTHQ Ibnu Sina

50-200 Employees · Education / Training

<10 Followers

About PTHQ Ibnu Sina

Diasaskan oleh Al-Marhum Ust Hj Yahya bin hj Abdullah, beliau pada asalnya memiliki impian untuk menjadi hafiz al-Quran ketika usianya 50 tahun. Hasrat beliau tidak kesampaian sehingga menyebabkan beliau mengalihkan impiannya itu kepada membuka sekolah tahfiz.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Mu'tah, Jordan. Kemudian melanjutkan pelajaran beliau dalam Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Kebangsaan Malaysia di dalam bidang Pendidikan. Beliau memiliki pengalaman mengajar yang begitu luas, pernah berkhidmat sebagai guru agama di SMK Kamunting, Gunung Semanggol, SMK Mudzaffar Shah, dan terakhir di SMK Gorge. Beliau menyambung pendidikan di dalam Master Pendidikan di UKM, sebelum dilantik menjadi Pensyarah Maktab Sultan Abdul Halim di Sungai Petani dan Maktab perguruan Institusi Perguruan Pulau Pinang di Pulau Pinang.
Beliau memiliki impian yang cukup besar untuk melihat generasi muda membesar mengikut acuan Islam. Bagaimana Rasulullah s.a.w mentarbiah generasi muda sehingga melahirkan ramai tokoh-tokoh remaja yang harus diteladani seperti Anas bin Malik r.a, Usamah b Zaid r.a, Muaz bin Jabal r.a, Ali bin Abi Talib r.a. Generasi inilah yang mencelikkan dunia sehingga melahirkan tokoh-tokoh dunia seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, al-Farabi dan Imam Bukhari.
Al-Marhum meninggalkan kita dalam usia yang rancak memikirkan pembangunan anak-anak muda, punca pemergiannya juga adalah disebabkan terlalu memikirkan pembangunan insaniah (serangan stroke). Pada tanggal 4 November 2014, beliau dijemput oleh Allah swt dalam usia 55 tahun dan meninggal 9 orang anak dan seorang balu, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di dalam syurga.

PTHQ Ibnu Sina Photos

PTHQ Ibnu Sina Business Information

Company Name

PTHQ Ibnu Sina

Company Type

Small-Medium Enterprize

Company Size

50-200

Industry

Education / Training

Company SSM No

-

Job Vacancies

0

Got questions about working here? Let the employer answer!

PTHQ Ibnu Sina Company Address

No 52, Kg Rahmat, Lorong 1, Kamunting, Perak, Malaysia