

MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA ASSOCIATION (MVM)
1-50 Employees · Social Services / NGO
MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA ASSOCIATION (MVM) 简介
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association) ialah badan bukan kerajaan (NGO) yang berkhidmat menguruskan tanggungjawab sosial dari aspek pembangunan ekonomi, pendidikan dan kesihatan sejagat tidak kira agama dan bangsa, dalam dan luar negara. MVM secara komited telah berjaya mengembangkan sayapnya dalam memastikan pertumbuhan dan perkembangan pertubuhan yang sihat serta teratur selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditetapkan oleh United Nations dan di sokong oleh Kerajaan Malaysia. Pada tahun 2016, MVM telah tersenarai dalam anugerah 5 NGO Terbaik di Malaysia oleh pihak iM4U semasa Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri disamping berjaya mencapai rekod lebih 1,800 orang sukarelawan berdaftar dan lebih 260,000 pengikut di laman sosial MVM.