

Majlis Perbandaran Pontian (MPPN)
101-500 Employees · Government / Defence
About Majlis Perbandaran Pontian (MPPN)
Berkuatkuasa mulai 1hb Februari 1979, Majlis Bandaran dan Majlis-majlis Tempatan telah dirangkumkan di bawah satu pentadbiran iaitu Majlis Derah Pontian melalui Warta Kerajaan J.P.U 1261 di dalam warta yang sama pula menjelaskan sempadan kawasan Majlis Perbandaran dengan luas keseluruhannya 2687 ekar termasuk cawangan-cawangannya. Keseluruhan kawasan Majlis Perbandaran Pontian ditadbir di bawah kuasa yang diberikan di dalam Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) dengan tidak mengubah sempadan asal Majlis Bandaran dan Majlis Tempatan.
Pengluasan Kawasan Bercukai Bagi Bandar Pontian
Berkuatkusa mulai 14hb Mac 1990, melalui Warta Kerajaan No. 1387, Jilid 34, Bilangan 24 bertarikh 22hb November 1990, kawasan bercukai Majlis Perbandaran Pontian (bagi Bandar Pontian sahaja) telah diperluaskan sebagaimana Pelan Warta PW 1921 dengan pertambahan seluas 590 ekar.
Kawasan-kawasan yang terlibat adalah sebahagian Jalan Parit Masjid, Jalan Parit Semerah dan Jalan Parit Ibrahim. Perluasan ini tidak melibatkan kawasan Majlis Perbandaran Pontian bagi cawangan-cawangannya.
Majlis Perbandaran Pontian (MPPN) Business Information
Company Name
Majlis Perbandaran Pontian (MPPN)
Company Type
Government
Company Size
101-500
Industry
Government / Defence
Company SSM No
-
Job Vacancies
0