Majlis Bandaraya Petaling Jaya banner company
jobs in Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Majlis Bandaraya Petaling Jaya

101-500 Employees · Government / Defence

44 Followers

About Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Pada awal tahun 50-an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan  penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan  pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti "Effingham Estate" iaitu tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah penemapatan baru yang dikenali Petaling Jaya.

Pihak yang diberi kepercayaan untuk mengurus tadbir penempatan baru ini diserahkan kepada Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Petaling Jaya sebelum diambil alih oleh sebuah badan berkanun iaitu Petaling Jaya Authority pada penghujung tahun 1954.

Petaling Jaya melakar sejarah baru pada 1 Januari 1964 apabila Negeri Selangor mewartakan sebuah Lembaga Bandaran yang memiliki autonomi kewangan untuk mentadbir bandar ini.

Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah dinaikkan tarafnya kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 oleh kerajaan. Pada 20 Jun 2006, Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Kini kawasan pentadbiran MBPJ berkeluasan 97.2 kilometer persegi, kian pesat membangun. Petaling Jaya mempunyai jumlah penduduk lebih 807,879 orang (Jan 2024) dan bilangan pegangan harta sebanyak 276,793 (Jan 2024). Petaling Jaya kini dikenali sebagai pusat pertumbuhan yang terunggul di Negeri Selangor.

Pentadbiran Majlis terdiri daripada 25 orang Ahli Majlis dan diketuai oleh seorang Datuk Bandar. Ahli Majlis adalah dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Datuk Bandar adalah seorang pegawai Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh pentadbiran negeri selepas mendapat persetujuan Menteri Besar. Datuk Bandar bertugas sepenuh masa dibantu oleh seorang Timbalan Datuk Bandar dan Ketua-ketua Jabatan dalam menetapkan dan melaksanakan visi, misi, dasar kualiti, objektif dan aktiviti Majlis. Majlis meluluskan draf undang-undang Majlis dan membentuk polisi-polisi untuk dilaksanakan oleh jabatan.

Dalam menjalankan tugasnya, beberapa jawatankuasa Majlis telah diwujudkan iaitu Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan, Jawatankuasa Infrastruktur dan Penasihat Lalulintas, Jawatankuasa Pengindahan Bandar, Jawatankuasa Kemasyarakatan, Perkhidmatan, Korporat dan Teknologi Maklumat, Jawatankuasa Perancangan Bandar, Jawatankuasa Pusat Setempat(OSC), Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat, Jawatankuasa Tender, Jawatankuasa Sebut Harga, Jawatankuasa Bantahan Nilai Harta, Pihak Berkuasa Melantik dan Lembaga Tatatertib.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya Business Information

Company Name

Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Company Type

Government

Company Size

101-500

Industry

Government / Defence

Company SSM No

-

Job Vacancies

0

Got questions about working here? Let the employer answer!

Majlis Bandaraya Petaling Jaya Company Address

Jalan Yong Shook Lin 1, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

How to go to Majlis Bandaraya Petaling Jaya by MRT, LRT or other public transport?

You can take LRT TAMAN JAYA to Majlis Bandaraya Petaling Jaya. The office is a short walk from these stations, located at Jalan Yong Shook Lin 1, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Nearby Public Transportation

All Bus LRT
  • BUS (M) PJ435 WISMA MCIS
  • BUS (M) PJ437 LRT ASIA JAYA
  • BUS (M) PJ750 PJ8 TOWER
  • BUS PJ133 SHERATON PJ
  • BUS PJ420 KOMPLEKS WAN KIEN
  • BUS PJ429 IPD PJ
  • BUS PJ430 SEKSYEN 8 (SELATAN)
  • BUS PJ432 WISMA PERKESO (OPP)
  • BUS PJ434 DEWAN SIVIK MBPJ
  • BUS PJ441 TASIK TAMAN JAYA
  • BUS PJ445 LRT TAMAN JAYA
  • BUS PJ448 SMK (P) ASSUNTA (OPP)
  • BUS PJ451 WISMA PERKESO
  • BUS PJ452 KOMPLEKS ARENA PJ
  • BUS PJ460 KOMPLEKS ARENA PJ (OPP)
  • BUS PJ464 BALAI BOMBA JLN PENCHALA (OPP)
  • BUS PJ465 SEKSYEN 51 (UTARA)
  • BUS PJ474 SK LA SALLE (SELATAN)
  • BUS PJ476 MASJID SULTAN ABDUL AZIZ
  • BUS PJ477 CHURCH PJ
  • BUS PJ749 WISMA MCIS
  • BUS PJ757 WISMA IEM
  • BUS PJ84 PJ WALK
  • LRT TAMAN JAYA

See what's nearby companies