

Kaizer Services
Employees · Other industries
About Kaizer Services
Kaizer Services Sdn Bhd (SA***5379-D) merupakan anak syarikat bertaraf bumiputera yang telah bertapak di Malaysia dari sejak dari tahun 2007.
Asasnya, penubuhan syarikat ini adalah untuk memenuhi keperluan pasaran dalam menawarkan perkhidmatan pembersihan dan perawatan dan juga menyelenggara bangunan, pejabat dan kawasan. Tuan Hj, Osman berpendapat bagi memperoleh sebuah pembangunan yang cantik dan bekualiti, ianya harus dibina bersama dengan proses membaik pulihnya sekali, Ini kerana, pembangunan yang dimakan usia akan menjadi usang dan tidak dapat memberi faedah dan fungsi yang baik kepada pengguna dalam jangka masa panjang.
Cabang perniagaan Kaizer Services tidak hanya tertumpu kapada ini sahaja. Berbekalkan kesungguhan beliau, Tuan Hj. Osman juga menjalankan perniagaan membekalkan produk-produk makanan dan minuman dari Malaysia selain juga beroperasi di kantin-kantin dengan menyediakan juadah di sekolah, industri, korporat, perniagaan dan juga kerajaan.
Kebolehan menyediakan makan dan hidangan untuk kumpulan yang besar juga merupakan salah satu perkhidmatan yang Kaizer Services banggakan. Atas kepercayaan inilah, kami telah dapat melebarkan sayap perniagaan dalam penyediaan makanan bagi kumpulan besar yang datang dari pelbagai industri dan akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik bagi semua pelanggan dengan memberikan hidangan yang seimbang seperti yang dikehendaki samada ianya bertujuan untuk juadah santai, majlis istimewa ataupun juadah bawa pulang.
Kini, Kaizer Services telah menempatkan diri dalam pasaran tempatan dengan menawarkan perkhidmatan penyediaan dan pembekalan makanan dan minuman yang berkualiti dan sihat selain makanan tradisional Malaysia.
Sasaran perniagaan kami ialah untuk terus maju melangkah ke depan dengan memberikan perkhidmatan yang melebihi jangkaan pelanggan dan sentiasa memastikan kami dapat bersama mengikut tren pasaran yang berubah-ubah.
Kaizer Services Photos
Kaizer Services Business Information
Company Name
Kaizer Services
Company Type
-
Company Size
Industry
Other industries
Company SSM No
-
Job Vacancies
0