Evolution Commerce Sdn Bhd banner company
jobs in Evolution Commerce Sdn Bhd

Evolution Commerce Sdn Bhd

Evolution Commerce Sdn Bhd is top company Verified

Company SSM No 1217600-W · >500 Employees · Transportation / Logistics

77 Followers

Evolution Commerce Sdn Bhd 员工故事

想知道在这里工作的感觉吗?请求一位真实员工分享他们的故事吧!


Employee Photo

MANISA BINTI MANSOR - Courier

最后更新 April 2026

Career Growth Company Culture Daily Work
Saya Manisa Binti Mansor, boleh panggil Manis. Saya sudah bekerja dengan EVO sejak tahun 2024. Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, saya sangat mementingkan fleksibiliti dalam pekerjaan supaya saya dapat menguruskan anak-anak saya dan tetap fokus dalam mencari rezeki. Semua kerja pasti ada cabaran masing-masing, tetapi pada pendapat saya, kerja kurier ini banyak membantu saya untuk stabilkan urusan keluarga. Dengan sokongan rakan-rakan di hub dan ahli keluarga, setiap cabaran terasa lebih mudah untuk dihadapi. Kepada yang baru mahu mulakan kerjaya dalam bidang kurier, saya sarankan supaya kentalkan diri dan selalu ingat niat baik kita dalam mencari rezeki yang halal untuk keluarga.
Employee Story PhotoEmployee Story Photo
Employee Photo

NURAINI BINTI RIDUAN - Courier

最后更新 April 2026

Career Growth Company Culture Daily Work
Hi, saya Nuraini dan saya merupakan seorang pemandu kurier wanita. Saya telah berkhidmat hampir empat tahun. Sebelum ini, saya pernah bekerja sebagai pengurus operasi, dan saya membuat keputusan untuk beralih ke kerjaya kurier kerana minat serta fleksibiliti untuk saya uruskan keluarga. Bagi saya, EVO adalah majikan yang bertanggungjawab dan menjaga kebajikan pekerja. Nasihat saya kepada yang baru nak mula, jangan mudah patah semangat. Kena kuat, teruskan usaha, lama-kelamaan kita akan lebih faham dan kerja pun jadi lebih lancar. Rajin bertanya dengan rakan kurier yang lain untuk memahami lebih dalam tentang kerja harian. Jemput singgah TikTok saya kalau nak tahu lebih lagi tentang dunia kurier. Selamat berjaya ya!
Employee Story PhotoEmployee Story PhotoEmployee Story PhotoEmployee Story Photo
Employee Photo

MUHAMMAD AL GHAZALIE BIN ROBEN - Courier

最后更新 April 2026

Career Growth Company Culture Daily Work
Saya mula kerja sebagai kurier dari hujung tahun 2024 di hub Petaling Jaya. Sekarang saya sudah setahun bersama dengan EVO. Dari hanya memandu kereta sendiri hingga kenderaan EV yang EVO sediakan. Dengan rezeki yang ada, saya mampu mendirikan rumah tangga dan bakal menimang cahaya mata. Setelah setahun bekerja, saya lebih yakin untuk terus bekerja dengan EVO untuk tahun mendatang. Gaji dan KWSP saya juga dibayar on time. Alhamdulillah tiada masalah dalam pengurusan gaji. Terima kasih EVO!
Employee Story PhotoEmployee Story PhotoEmployee Story Photo

员工分享在我们平台上展示的内容仅代表作者个人的表达和观点,不应被理解为代表 ricebowl 或其员工的立场或意见。ricebowl不核实这些故事内容的真实性或准确性,也不支持或认同其中所表达的任何陈述。

发布这些故事的目的纯粹是为了提供信息,旨在帮助求职者在寻找工作机会的过程中获得参考。