

Dewan Bahasa dan Pustaka
>500 Employees · Library / Museum
About Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Pada peringkat awal, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bahru.
Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16-21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.
Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.
Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu i) menggubal dasarnya yang khusus; ii) menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan iii) menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.
Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabat di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Ini diikuti pula dengan pembukaan empat pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999), Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru, Johor (2000) dan Pejabat DBP Wilayah Tengah di Kuala Lumpur (2011).
Kini DBP beroperasi di bangunan baharu, iaitu Menara DBP. Bangunan yang mula dibina pada tahun 1997 ini siap pada tahun 2002. Bangunan lama DBP kini dikenali sebagai Wisma DBP.
Dewan Bahasa dan Pustaka Business Information
Company Name
Dewan Bahasa dan Pustaka
Company Type
Government
Company Size
>500
Industry
Library / Museum
Company SSM No
-
Job Vacancies
0
Got questions about working here? Let the employer answer!
Dewan Bahasa dan Pustaka Company Address
How to go to Dewan Bahasa dan Pustaka by MRT, LRT or other public transport?
You can take LRT HANG TUAH, LRT HANG TUAH or MONORAIL HANG TUAH to Dewan Bahasa dan Pustaka. The office is a short walk from these stations, located at Dewan Bahasa Dan Pustaka Menara Dbp, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, Malaysia.
Nearby Public Transportation
- LRT HANG TUAH
- LRT HANG TUAH
- MONORAIL HANG TUAH
- BUS KL1772 FURAMA (OPP)
- BUS KL866 FURAMA
- MONORAIL MAHARAJALELA