
Agensi Pakatan Jaya
201-500 Employees · Banking / Finance ·
About Agensi Pakatan Jaya
Agensi Pakatan Jaya merupakan agensi yang bernaung di bawah Great Eastern Takaful Sdn Bhd ( yang telah dianugerahkan “ The Best New Takaful Operator 2011 & 2012 ” dan "The Best Takaful Operator (ASIA), 2013 " )
Semua produk yang ditawarkan adalah produk perlindungan takaful. Antaranya pelan simpanan haji/umrah (i-Great Amal), pelan perlindungan kad perubatan (i-Great Damai + i-Medik), pelan simpanan pendidikan (i-Great Iqra) and pelan perlindungan asas (i-Great Teras).
Dalam usaha untuk meneroka pasaran yang kompetitif, Agensi Pakatan Jaya telah melahirkan ramai perunding yang berjaya serta berdaya saing dan berani menyahut cabaran. Agensi Pakatan Jaya turut mempunyai inspirasi untuk membina reputasi yang dinamik, berwawasan dan berupaya mendidik orang awam terhadap kepentingan perlindungan takaful.
Dengan itu, pihak kami mempelawa individu yang bercita-cita tinggi dan bersedia melakukan anjakan paradigm untuk mengubah gaya hidup. Agensi Pakatan Jaya menawarkan sistem latihan yang berterusan dan komprehensif. Semangat kerja berpasukan sentiasa diutamakan dalam falsafah pembinaan agensi. Insentif yang menarik juga ditawarkan kepada perunding takaful baru supaya melangkah dengan lebih mudah dalam kerjaya ini.
Agensi Pakatan Jaya Photos
Agensi Pakatan Jaya Business Information
Company Name
Agensi Pakatan Jaya
Company Type
-
Company Size
201-500
Industry
Banking / Finance
Company SSM No
-
Job Vacancies
0
Got questions about working here? Let the employer answer!
Agensi Pakatan Jaya Company Address
13B, Persiaran Greentown 4 Greentown Business Centre Ipoh 30450