Company SSM No Lotuss Stores Sdn Bhd · >100 Employees · Retail / Merchandise
506 Job Vacancies
Adakah anda berminat untuk menceriakan orang di sekeliling anda? Adakan anda percaya dalam menyediakan kepelbagaian produk yang berkualiti dan bernilai serta servis yang terbaik kepada pengguna? Kalau ya, anda sememangnya sesuai untuk menyertai #KruCeriaLotuss!
Capai impian anda dalam kerjaya peruncitan dengan memilih pelbagai jawatan yang ditawarkan di 64 buah cawangan stor Lotus’s di seluruh Semenanjung Malaysia atau di pusat pengedaran kami. Di Lotus’s, anda akan menerima latihan untuk mengembangkan peluang kerjaya anda.
Tiba masanya untuk membawa keceriaan dengan menyertai #kruCeriaLotuss!
Tentang Lotus’s Malaysia
Lotuss Stores Malaysia Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia), adalah ahli Charoen Pokphand Group Co., Ltd (Kumpulan C.P.) sejak Disember 2020. Kumpulan C.P adalah konglomerat multinasional, yang beroperasi di pelbagai industri mulai dari sektor pertanian, industri hingga sektor perkhidmatan. Kumpulan C.P kini mempunyai pelaburan di 21 negara dan ekonomi.
Di Lotus's Malaysia, kami mempunyai seramai 9,000 pekerja di satu ibu pejabat, dua pusat pengedaran, dan 64 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Lotus’s juga mempunyai rangkaian membeli-belah barangan runcit dalam talian yang paling luas di Malaysia dengan lebih dari 100 trak penghantaran dan operasi di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, dan Ipoh. Sebagai bukti komitmen kami dalam menceriakan pelanggan kami setiap hari, Lotus’s telah dianugerahkan Anugerah Peruncit Asing Terbaik dan Kedai Harga Patut 2020 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada November 2021.
Lotus's Stores (Malaysia) Sdn Bhd
Multinational
>100
Retail / Merchandise
Lotuss Stores Sdn Bhd
506