jobs in SYARIKAT EMAS SRI SEMANTAN SDN. BHD

全职 PEMBANTU PENTADBIRAN (ADMIN ASSISTANT) 工作, 薪水 up to MYR 2,300, SYARIKAT EMAS SRI SEMANTAN SDN. BHD Selangor 公司招聘中 - Ricebowl

PEMBANTU PENTADBIRAN (ADMIN ASSISTANT)

SYARIKAT EMAS SRI SEMANTAN SDN. BHD

MYR2,000 - MYR2,300 每月
分享
保存

工作地点

  • Kajang Selangor Malaysia

职位描述

岗位职责

KETERANGAN

Kami sedang mencari seorang Pembantu Pentadbiran (Admin Assistant) yang cekap, teratur, proaktif dan bertanggungjawab untuk membantu kelancaran urusan pentadbiran harian di Ibu Pejabat.

Jawatan ini memberi fokus kepada pengurusan dokumentasi dan surat-menyurat, rekod aset, utiliti dan kemudahan pejabat serta penyelarasan dan susulan dengan kontraktor/vendor dan penyedia perkhidmatan.

TANGGUNGJAWAB UTAMA

  • Membantu menyediakan dan mengurus surat-menyurat, memo, dokumen dan rekod pentadbiran.
  • Mengurus filing dokumen pentadbiran secara fizikal dan digital dengan teratur.
  • Membantu mengemas kini dan menyelenggara rekod aset serta peralatan pejabat.
  • Membantu memantau urusan utiliti dan kemudahan bangunan/pejabat.
  • Membantu menyelaras keperluan penyelenggaraan dan pembaikan pejabat apabila diperlukan.
  • Berhubung dan membuat susulan dengan kontraktor, vendor dan penyedia perkhidmatan berdasarkan arahan pihak atasan.
  • Membantu menyelaras dan membuat susulan perkhidmatan seperti pembersihan (cleaning), penyelenggaraan penghawa dingin, Telekom/telefon, Unifi/internet dan perkhidmatan sokongan pejabat yang lain.
  • Memantau jadual perkhidmatan dan status kerja kontraktor/vendor serta melaporkan sebarang isu kepada pihak atasan.
  • Membantu dalam penyelarasan tugasan berkaitan reception/front office apabila diperlukan.
  • Menyimpan dan mengemas kini rekod berkaitan vendor, kontraktor, utiliti, penyelenggaraan dan aset.
  • Membantu menyediakan laporan, senarai atau rekod pentadbiran untuk semakan pihak atasan.
  • Membantu urusan pentadbiran harian Jabatan Pentadbiran.
  • Melaksanakan tugasan pentadbiran lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

KELAYAKAN & PENGALAMAN

  • Minimum Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Pejabat atau bidang berkaitan.
  • Fresh graduate dialu-alukan untuk memohon.
  • Calon yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang pentadbiran akan diberi keutamaan.
  • Pengalaman berurusan dengan vendor, kontraktor, utiliti, aset atau kemudahan pejabat adalah satu kelebihan.
  • Mahir menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel.
  • Mempunyai kemahiran asas pengurusan dokumentasi dan filing yang baik.

CIRI-CIRI CALON YANG KAMI CARI

  • Proaktif dan mempunyai sikap suka membuat susulan sehingga sesuatu tugasan selesai.
  • Cepat memahami dan melaksanakan arahan.
  • Mampu mengurus beberapa tugasan dalam satu-satu masa.
  • Teliti, teratur dan mempunyai kemahiran pengurusan masa yang baik.
  • Selesa berkomunikasi dan berurusan dengan vendor, kontraktor serta penyedia perkhidmatan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan profesional.
  • Boleh bekerja secara individu dan dalam pasukan.
  • Bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai sikap kerja yang baik.

Lokasi: Ibu Pejabat, Kajang, Selangor

Pay: RM2,000.00 - RM2,300.00 per month

Benefits:

  • Meal allowance
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

重要安全守则

申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。

了解更多