Job description:
Company Overview
Sentuhan Hartanah kini membuka peluang Latihan Industri (Internship) kepada pelajar dalam bidang Hartanah, atau bidang berkaitan yang berminat untuk menimba pengalaman praktikal dalam industri hartanah.
Program ini direka bagi memberi pendedahan kepada operasi sebenar industri hartanah, termasuk urusan jual beli, pemasaran hartanah, pengurusan pelanggan serta penyediaan dokumentasi berkaitan.
Kelebihan
- Elaun bulanan
- Insentif prestasi
- Hostel disediakan (bersebelahan pejabat)
- Kereta syarikat disediakan
- Peluang diserap sebagai pekerja tetap selepas tamat latihan industri
Skop Tugas
- Mengurus dan mengemas kini rekod pelanggan, jualan dan maklumat hartanah.
- Membantu menyediakan dan mengurus dokumen berkaitan urusan jualan.
- Membantu menyediakan laporan dan rekod berkaitan prestasi jualan.
- Membantu dalam aktiviti pemasaran hartanah.
- Memberi sokongan dalam urusan pentadbiran dan operasi harian pejabat.
- Membantu Perunding Hartanah dalam urusan pentadbiran dan tugasan berkaitan jualan.
Kelayakan
- Pelajar Diploma atau Ijazah dalam bidang Hartanah, Pengurusan, Perniagaan, Pemasaran, Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan.
- Mempunyai kemahiran asas dalam Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint).
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta berminat dalam bidang jualan dan hartanah.
- Bertanggungjawab, teliti dan mampu bekerja secara individu mahupun berkumpulan.
- Bersedia untuk belajar serta menerima tunjuk ajar.
Maklumat Latihan Industri
Tempoh: Minimum 3 bulan (boleh dirunding mengikut keperluan universiti)
Lokasi:
33(2), Jalan Lengkuas, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor
Jenis Pekerjaan: Latihan Industri (Internship)
Faedah
- Cuti tambahan
- Tuntutan telefon bimbit
- Peluang meningkatkan kemahiran dan pengalaman
Lokasi Bekerja: Bersemuka (In Person)
Job Type: Internship
Benefits:
- Cell phone reimbursement
- Company car
- Professional development
Work Location: In person