Kami sedang mencari Retail Operations Assistant untuk membantu memastikan operasi harian outlet berjalan dengan lancar. Jawatan ini melibatkan tiga aktiviti utama: melayani pelanggan, mengurus stok dan menjalankan tugasan pentadbiran asas.
AKTIVITI UTAMA
.
1. Jualan & Khidmat Pelanggan
- Menyambut dan membantu pelanggan di outlet.
- Menerangkan produk dan membantu pelanggan membuat pilihan.
- Membantu urusan jualan dan pembayaran.
- Memastikan ruang jualan sentiasa kemas dan selesa
2. Pengurusan Stok
- Menerima dan menyemak stok yang sampai.
- Mengira, merekod dan menyusun stok.
- Memantau baki stok dan mengenal pasti produk yang perlu ditambah.
- Memastikan harga, label dan maklumat produk adalah betul.
- Membantu urusan pemindahan dan penyediaan stok apabila diperlukan.
3. Operasi & Pentadbiran
- Mengemas kini rekod stok dan dokumen operasi.
- Membantu menyediakan pesanan pembelian atau purchase order.
- Membuat susulan dengan supplier berkaitan pesanan dan penghantaran.
- Membantu urusan pentadbiran harian outlet.
- Menjalankan tugasan lain yang berkaitan dengan operasi retail.
KELAYAKAN
- Minimum SPM, Diploma atau kelayakan yang setaraf.
- Boleh menggunakan komputer dan aplikasi asas seperti Microsoft Excel atau Google Sheets.
- Teliti, teratur dan bertanggungjawab.
- Mesra serta selesa berkomunikasi dengan pelanggan.
- Boleh bekerja secara individu dan bersama pasukan.
- Bersedia bekerja mengikut shift, termasuk hujung minggu dan cuti umum apabila dijadualkan.
- Boleh bekerja di Bandar Seri Putra, Kajang.
Pengalaman dalam bidang retail, pentadbiran, pengurusan stok atau purchasing adalah satu kelebihan.
Fresh graduate atau calon tanpa pengalaman yang berminat untuk belajar juga dialu-alukan memohon. Latihan dan panduan kerja akan diberikan.
Pay: RM1,700.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Meal allowance
- Opportunities for promotion
Work Location: In person