SKOP TUGAS – JUNIOR GRAPHIC DESIGNER / EDITOR
- Menghasilkan bahan grafik untuk produk, media sosial, iklan dan platform e-dagang.
- Mengedit dan memperkemaskan gambar produk supaya lebih menarik dan profesional.
- Menghasilkan video pendek untuk TikTok, Facebook, Instagram dan platform e-dagang.
- Menyediakan bahan visual untuk kempen promosi dan pengiklanan digital.
- Menghasilkan reka bentuk seperti poster, banner, katalog, gambar produk dan bahan promosi.
- Menyesuaikan saiz dan format bahan grafik mengikut keperluan setiap platform.
- Bekerjasama dengan pasukan Pemasaran untuk menghasilkan kandungan kreatif yang sesuai dengan sasaran pelanggan.
- Membantu dalam penggambaran gambar dan video produk apabila diperlukan.
- Mengurus dan menyusun fail gambar, video serta bahan reka bentuk dengan kemas.
- Melaksanakan tugasan berkaitan reka bentuk dan penyuntingan yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
KELAYAKAN
- Mempunyai Diploma/Sijil dalam bidang Reka Bentuk Grafik, Multimedia, Seni Kreatif atau bidang berkaitan.
- Calon lepasan graduasi dan calon yang mempunyai pengalaman latihan industri dialu-alukan.
- Mempunyai kemahiran menggunakan Adobe Photoshop, Illustrator , Canva, Capcut dan yang berkaitan.
- Kreatif, teliti dan mempunyai minat dalam menghasilkan kandungan digital.
- Boleh bekerja secara individu dan dalam pasukan.
- Mampu menyiapkan tugasan mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Portfolio hasil kerja diperlukan.
- Pengalaman dalam bidang e-dagang, media sosial atau penghasilan kandungan merupakan satu kelebihan.
Pay: RM1,800.00 - RM2,000.00 per month
Work Location: In person