PELUANG INTERNSHIP – DAMIRAL’S BAKERY
Siapa Kami?
Damiral’s Bread merupakan jenama bakeri tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan mengkhusus dalam pelbagai produk bakeri segar seperti roti, kek, pastri, biskut dan pencuci mulut. Dengan komitmen terhadap kualiti, harga yang berpatutan serta kepuasan pelanggan, jenama ini terus berkembang dan kini melayani pelanggan di pelbagai lokasi di Pulau Pinang dan Kedah.
Sebagai sebahagian daripada perkembangan syarikat, Damiral’s Bakery membuka peluang kepada pelajar yang ingin mendapatkan pengalaman industri sebenar melalui program Internship / Latihan Industri dalam pelbagai bidang.
Kami mengalu-alukan pelajar daripada pelbagai latar belakang pengajian yang berminat untuk mempelajari operasi perniagaan, membina kemahiran profesional dan mendapatkan pengalaman bekerja dalam persekitaran industri yang sebenar.
Peluang Internship
Open for Various Positions / Any Relevant Position
Penempatan internship adalah bergantung kepada bidang pengajian, kemahiran, minat serta keperluan semasa syarikat.
Antara bidang yang berpotensi termasuk:
- Human Resources & Administration
- Marketing & Digital Marketing
- Graphic Design & Content Creation
- Business Administration & Management
- Accounting & Finance
- Information Technology (IT)
- Operations & Outlet Management
- Production & Bakery Operations
- Warehouse & Logistics
- Customer Service & Sales
- Food & Beverage / Hospitality
- Halal Management
- Dan bidang lain yang berkaitan
Skop Internship
Pelajar berpeluang untuk:
- Membantu tugasan harian mengikut jabatan dan penempatan yang diberikan.
- Mendapat pengalaman bekerja dalam persekitaran syarikat sebenar.
- Membantu dalam pelaksanaan projek dan tugasan jabatan.
- Mempelajari proses kerja, SOP dan sistem operasi syarikat.
- Membantu menyediakan laporan, dokumentasi dan rekod berkaitan.
- Terlibat dalam aktiviti, kempen atau projek syarikat mengikut kesesuaian.
- Bekerjasama dengan team dan jabatan yang berkaitan.
- Membina kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, pengurusan masa dan penyelesaian masalah.
- Mendapat pendedahan kepada operasi sebenar industri bakeri dan perniagaan.
- Melaksanakan tugasan lain yang berkaitan dengan bidang pengajian dan keperluan syarikat.
Kelayakan
- Pelajar Sijil / Diploma / Ijazah Sarjana Muda daripada mana-mana institusi pengajian tinggi.
- Pelajar daripada pelbagai bidang pengajian dialu-alukan untuk memohon.
- Mempunyai minat untuk mempelajari perkara baharu dan mendapatkan pengalaman industri.
- Bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai sikap kerja yang baik.
- Mampu bekerja secara individu dan dalam pasukan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Bersedia menerima tugasan dan belajar dalam persekitaran kerja yang dinamik.
- Mempunyai kemahiran Microsoft Office atau kemahiran berkaitan bidang pengajian merupakan satu kelebihan.
- Tempoh internship adalah tertakluk kepada keperluan institusi pengajian dan persetujuan pihak syarikat.
Kenapa Internship Bersama Damiral’s Bakery?
- Mendapat pengalaman bekerja dalam syarikat dan industri sebenar.
- Pendedahan kepada pelbagai aspek operasi perniagaan.
- Peluang untuk belajar daripada team dan supervisor yang berpengalaman.
- Berpeluang terlibat dalam tugasan dan projek sebenar syarikat.
- Membina kemahiran kerja dan keyakinan diri sebelum memasuki alam pekerjaan.
- Peluang mengenali potensi kerjaya dalam industri bakeri dan perniagaan.
Jika anda seorang pelajar yang ingin mendapatkan pengalaman, membina kemahiran dan belajar dalam persekitaran kerja sebenar, kami mengalu-alukan anda untuk menyertai keluarga Damiral’s Bakery sebagai Intern!
Cara Memohon
Hantarkan resume anda ke ************* atau whatsapp kami di ************* 3292 untuk maklumat lanjut.
Pay: From RM500.00 per month
Benefits:
- Meal allowance
- Meal provided
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person