Skop Kerja Mengecat Kereta
- Memeriksa keadaan badan kereta dan mengenal pasti bahagian yang perlu dicat.
- Menanggalkan atau menggosok cat lama yang rosak, mengelupas atau tidak rata.
- Menjalankan kerja penyediaan permukaan seperti menggosok dan menampal calar atau kemek kecil.
- Menutup (masking) bahagian seperti cermin, lampu, tayar, trim dan bahagian yang tidak perlu dicat.
- Menyapu primer/sealer mengikut keperluan.
- Mencampurkan cat mengikut kod warna dan spesifikasi yang ditetapkan.
- Menyembur cat pada panel kereta yang telah ditetapkan.
- Menyapu clear coat untuk perlindungan dan kemasan berkilat.
- Memberikan masa yang mencukupi untuk proses pengeringan/curring.
- Menjalankan kerja wet sanding dan polishing jika diperlukan.
- Membuat kerja touch-up dan membaiki kecacatan pada hasil cat.
- Membersihkan kenderaan dan kawasan kerja selepas kerja siap.
- Menjalankan pemeriksaan akhir dari segi keseragaman warna, liputan cat, kilauan dan kualiti kemasan.
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Work Location: In person