Tujuan Jawatan
Bertanggungjawab memastikan barangan dihantar kepada pelanggan dengan selamat dan tepat pada masanya, serta memastikan kenderaan syarikat dikendalikan dan diselenggara mengikut keperluan keselamatan dan syarikat.
Tanggungjawab Utama
- Memandu lori syarikat dengan selamat untuk aktiviti penghantaran dan pengambilan barangan.
- Menghantar barangan ke lokasi pelanggan mengikut jadual penghantaran.
- Mengendalikan pelbagai jenis kargo termasuk coil, general cargo dan side-curtain load apabila diperlukan.
- Membantu proses memuat dan menurunkan barangan serta memastikan kargo diikat dan dikemaskan dengan selamat.
- Menjalankan pemeriksaan kenderaan sebelum dan selepas perjalanan serta melaporkan sebarang kerosakan atau masalah penyelenggaraan.
- Memastikan dokumen penghantaran, Delivery Order (DO) dan rekod berkaitan dilengkapkan dengan tepat.
- Mematuhi polisi syarikat, peraturan jalan raya serta keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
- Berkomunikasi dengan baik bersama pasukan Operasi, pelanggan dan pihak berkaitan.
- Memastikan barangan dihantar dalam keadaan selamat dan baik.
- Membantu tugasan operasi atau aktiviti pengangkutan lain apabila diperlukan.
Keperluan
- Mempunyai lesen GDL / lesen memandu yang bersesuaian.
- Pengalaman sebagai pemandu lori/trak adalah satu kelebihan.
- Pengalaman mengendalikan coil truck, cargo truck atau side-curtain truck adalah satu kelebihan.
- Berpengalaman dengan laluan penghantaran di Klang / Selangor adalah satu kelebihan.
- Mempunyai rekod pemanduan yang baik dan kesedaran terhadap keselamatan.
- Sihat tubuh badan dan mampu membantu kerja memuat serta menurunkan barangan.
- Bertanggungjawab, menepati masa dan boleh dipercayai.
- Bersedia bekerja lebih masa, hujung minggu atau cuti umum apabila diperlukan.
- Bersedia melakukan perjalanan luar kawasan (outstation) apabila diperlukan.
Pay: RM3,000.00 - RM5,000.00 per month
Benefits:
- Company car
- Health insurance
- Opportunities for promotion
Work Location: In person