SKOP KERJA
- Sentiasa menyemak penerimaan dan perubahan forecast pelanggan untuk memastikan barangan bahan mentah, childpart dan lain-lain mencukupi untuk keperluan operasi.
- Memastikan Arahan Penghantaran (DI) kepada pembekal melalui Jabatan Pembelian dilaksanakan dengan baik.
- Melakukan/memastikan Summary Odering Material dibuat mengikut masa yang telah ditetapkan untuk mengelak barangan yang tidak cukup.
- Mengawal dan menyelia angota kerja di Bahagian Store mematuhi segala arahan dan peraturan syarikat serta bekerja kearah mencapai target yang telah ditetapkan dan penghasilan kerja yang bermutu tinggi.
- Memastikan Barangan yang sampai dari supllier mengikut Purchase Oder yang telah dikeluarkan sampai mengikut DI, kuantiti yang betul, kualiti yang baik dan barang yang betul.
- Mematuhi dan melaksanakan aktiviti/arahan yang menuju kearah mencapaimatlamat Jabatan iaitu untuk mencapai produktiviti tinggi melalui amalanpengeluaran/pembuatan yang cemerlang dan memastikan perancangan sertapenghantaran yang tepat pada setiap masa termasuk kos pengeluaran.
- Mematuhi dan melaksanakan segala arahan dan kaedah kerja yang telah ditetapkan didalam Manual AITF 16949/ISO 9001 atau Sistem focus,promise,scp.
- Menyelia dan memastikan anggota kerja bawahan melaksanakan dan mengikut Amalan 5'S seperti yang ditetapkan.
- Terlibat secara langsung didalam aktiviti-aktiviti seperti APQP Team, PPAP,PQCM dan Continuous Improvement/Kaizen.
- Memastikan setiap barangan yang diterima di rekod kan dan di masukan di dalam SISTEM (Fokus).
- Menyediakan laporan berkaitan bidang kerja yang telah ditetapkan untuk mesyuarat mingguan.
- Memastikan tiada isu dokumen (DO, Invoice, etc) dan membantu pihak account untuk membuat pembayaran ke supplier.
- Menyemak borang kerja lebih masa dan permohonan cuti anggota kerja bawahan.
- Mengadakan latihan-latihan dalaman untuk peningkatan operasi dan prestasi anggota kerja bawahan.
- Memeriksa dan memastikan rekod-rekod dan stock status diisi setiap hari oleh supervisor/leader/ kerani/data entry /store hand
KEPERLUAN:
- Diploma atau Ijazah dalam Pengurusan Rantaian Bekalan, Logistik, Pengurusan Operasi, Kejuruteraan Industri atau bidang berkaitan.
- Graduan baharu digalakkan memohon.
- Berminat untuk mempelajari dan membangunkan kemahiran dalam Perancangan dan Kawalan Pengeluaran (PPC), pengurusan bahan dan kawalan inventori.
- Pengetahuan asas mengenai sistem ERP/MRP adalah satu kelebihan.
- Pengetahuan asas mengenai proses pembuatan, perancangan pengeluaran dan pengurusan rantaian bekalan adalah satu kelebihan.
- Mempunyai kemahiran analitikal, penyelesaian masalah dan komunikasi yang baik.
- Mampu bekerja secara berdikari dan dalam pasukan.
- Teliti, bertanggungjawab dan bersedia menerima cabaran baharu.
- Mampu berkomunikasi dan berkoordinasi dengan pelanggan, pembekal serta jabatan dalaman dengan berkesan.
- Mahir menggunakan Microsoft Office, terutamanya Microsoft Excel.
- Bersedia untuk bekerja di Bukit Beruntung, Selangor.
- Mampu mematuhi prosedur kerja, mengurus dokumentasi dengan baik serta menjaga kerahsiaan maklumat syarikat dan pelanggan.
- Graduan baharu yang mempunyai sikap positif dan kesungguhan untuk belajar adalah dialu-alukan untuk memohon.
Job Type: Full-time
Pay: RM2,100.00 - RM2,600.00 per month
Benefits:
Ability to commute/relocate:
- Rawang: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Preferred)
Application Question(s):
Work Location: In person