Jawatan: Phone Repair Technician / Trainee Technician
Cawangan: Puncak Alam, Shah Alam, Saujana Utama, Kota Warisan dan Kuantan
MRFIX Gadgets sedang mencari individu yang berminat untuk membina kerjaya dalam bidang pembaikan telefon. Tiada pengalaman atau zero knowledge pun boleh memohon kerana latihan akan disediakan.
Tanggungjawab:
- Belajar mengenal pasti kerosakan telefon iPhone dan Android.
- Belajar melakukan pembaikan asas seperti menukar LCD, bateri, charging port, kamera dan speaker.
- Membantu technician melakukan pemeriksaan dan troubleshooting.
- Menguji telefon selepas selesai dibaiki.
- Merekod butiran dan status pembaikan pelanggan.
- Menjaga peralatan, spare part dan kebersihan ruang kerja.
- Melayan pelanggan serta menerangkan status pembaikan.
- Membantu tugasan operasi kedai apabila diperlukan.
Kelayakan:
- Terbuka kepada calon yang mempunyai pengalaman atau tiada pengalaman langsung.
- Latihan pembaikan telefon akan disediakan.
- Berminat dengan telefon, gadget dan kerja teknikal.
- Rajin belajar serta boleh menerima teguran.
- Teliti, jujur, berdisiplin dan bertanggungjawab.
- Mempunyai sikap positif dan boleh bekerja dalam pasukan.
- Boleh memberikan komitmen untuk belajar sehingga mahir.
Tinggal berdekatan Puncak Alam, Shah Alam, Saujana Utama, Kota Warisan dan Kuantan atau kawasan sekitar adalah satu kelebihan.
Pelajar lepasan sekolah, fresh graduate atau individu yang ingin menukar bidang kerjaya digalakkan memohon.
Kelebihan Jika Ada:
- Pengalaman asas membaiki iPhone atau Android.
- Pernah mengikuti kursus pembaikan telefon.
- Mempunyai pengetahuan asas berkaitan hardware atau software.
Faedah:
- Latihan dari asas akan diberikan.
- Gaji asas yang kompetitif.
- Komisen atau insentif berdasarkan prestasi.
- Peluang belajar kemahiran pembaikan secara praktikal.
- Peluang kenaikan pangkat menjadi Senior Technician.
- Persekitaran kerja yang supportive dan profesional.
Jenis Pekerjaan: Sepenuh masa
Calon mestilah benar-benar berminat untuk belajar dan membina kerjaya dalam industri pembaikan telefon. Pengalaman bukan keutamaan..sikap, disiplin dan kesungguhan untuk belajar lebih penting.
Pay: RM1,700.00 - RM3,000.00 per month
Benefits:
- Opportunities for promotion
Work Location: In person