- Damansara Jaya Selangor Malaysia
工作地点
职位描述
岗位职责
Ringkasan Tugas
Menyokong dan menggabungkan peranan pentadbiran dan tugas fizikal bagi memastikan kelancaran operasi pejabat. Memainkan peranan penting dalam pentadbiran pejabat serta penyelenggaraan harian. Bertanggungjawab dalam pengurusan dokumen, komunikasi, inventori, dan aset pejabat. Memerlukan kebolehan multitasking dan fleksibiliti untuk menangani tugas pentadbiran serta kerja sokongan lain.
Tanggungjawab Utama
Menyusun dan mengurus fail serta dokumen syarikat serta menyediakan surat-menyurat, memo, dan laporan.
Menjaga inventori pejabat dan gudang (store) seperti rekod alat tulis dan keperluan pejabat serta membuat penandaan di dalam gudang.
Memastikan peralatan pejabat berfungsi dengan baik dan menyelaras penyelenggaraan jika diperlukan.
Sokongan Pentadbiran & Operasi dalam membantu memantau bil-bil utiliti dan membuat permohonan bayaran serta merekod dengan baik.
Menyelaraskan perjalanan kerja seperti tempahan tiket dan penginapan jika diperlukan.
Menyediakan laporan mingguan atau bulanan kepada pengurusan dan menyokong jabatan lain dalam tugas pentadbiran.
Pengurusan Data & Rekod iaitu mengemas kini dan menyelenggara sistem pengkalan data syarikat. Menyusun dokumen untuk rujukan dan arkib secara sistematik. Memastikan semua maklumat sulit dikendalikan dengan selamat.
Membantu dalam penyelarasan acara atau aktiviti syarikat.
Mengendalikan penghantaran dan penerimaan dokumen penting.
Pemantauan & Penyenggaraan Peralatan Pejabat dengan memastikan semua peralatan pejabat seperti komputer, mesin fotostat, penghawa dingin, dan telefon berfungsi dengan baik.
Menguruskan jadual penyelenggaraan berkala untuk peralatan pejabat bagi mengelakkan kerosakan. Berhubung dengan vendor atau kontraktor untuk servis dan pembaikan jika terdapat kerosakan.
Merekod semua aset pejabat seperti komputer, perabot, mesin fotostat, dan peralatan lain dalam sistem inventori.
Memastikan setiap aset mempunyai label atau nombor siri untuk tujuan pengesanan.
Mengemas kini maklumat aset secara berkala, termasuk tarikh pembelian, harga, dan jangka hayat aset.
Menilai keperluan pembelian aset baru berdasarkan penggunaan dan keadaan aset sedia ada.
Menyediakan permohonan pembelian (Purchase Request) untuk mendapatkan kelulusan pengurusan.
Berunding dengan pembekal bagi mendapatkan harga terbaik untuk aset baru.
Tugasan tambahan atau sementara yang diberikan berdasarkan keperluan semasa syarikat.
Menjalankan tugasan sebagai runner/despatch syarikat apabila diperlukan, termasuk menghantar dan mengambil dokumen, barangan, surat, atau urusan berkaitan syarikat ke lokasi yang ditetapkan.
Melaksanakan kerja-kerja asas penyelenggaraan dan pemeriksaan infrastruktur serta kemudahan syarikat bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.
Melaksanakan kerja-kerja am lain yang berkaitan dengan penyelenggaraan, kemudahan dan operasi syarikat mengikut keperluan semasa.
Pay: RM1,800.00 - RM2,000.00 per month
Work Location: In person
重要安全守则
申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。