Penerangan Kerja
HZ Crescent Sdn. Bhd. sedang mencari calon yang bertanggungjawab dan berpengalaman untuk menyertai pasukan kami sebagai Technician. Syarikat kami menjalankan kerja-kerja elektrik, penyelenggaraan, pembaikan dan pengubahsuaian di premis komersial seperti outlet kedai.
Skop Kerja
- Melaksanakan kerja pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan elektrik.
- Menjalankan kerja penyelenggaraan am serta mengenal pasti dan menyelesaikan masalah kerosakan.
- Membantu dalam kerja pembaikan, pengubahsuaian dan penyelenggaraan projek.
- Memastikan semua kerja dilakukan mengikut prosedur dan piawaian keselamatan yang ditetapkan.
- Menjaga peralatan dan perkakasan syarikat dengan baik.
- Mematuhi arahan penyelia dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut tempoh ditetapkan.
- Bergerak ke lokasi projek atau outlet yang ditetapkan oleh syarikat apabila diperlukan.
Kelayakan dan Syarat Permohonan
1. Technician Elektrik (PW2)
- Mempunyai sijil atau lesen elektrik PW2 yang sah.
- Wajib mempunyai lesen memandu GDL yang sah.
- Pengalaman kerja minimum 1 tahun dalam bidang berkaitan.
- Gaji: RM2,500 – RM2,800 sebulan.
2. Technician Elektrik (PW4)
- Mempunyai sijil atau lesen elektrik PW4 yang sah.
- Wajib mempunyai lesen memandu GDL yang sah.
- Pengalaman kerja minimum 2 tahun dalam bidang berkaitan.
- Gaji: RM2,800 – RM3,200 sebulan.
3. General Technician (Tanpa Lesen Elektrik)
- Calon yang tidak mempunyai sijil atau lesen elektrik juga dialu-alukan untuk memohon.
- Wajib mempunyai lesen memandu GDL yang sah.
- Pengalaman kerja minimum 2 tahun dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan atau bidang berkaitan.
- Gaji: RM2,000 – RM2,500 sebulan.
Syarat Tambahan
- Bertanggungjawab, menepati masa dan komited terhadap kerja.
- Boleh bekerja secara berkumpulan dan mengikut arahan.
- Bersedia untuk bekerja di lokasi projek yang berbeza apabila diperlukan.
- Mampu menjalankan tugasan dengan cekap dan mengikut arahan penyelia.
Waktu Bekerja
- 6 hari bekerja seminggu (Isnin – Sabtu).
- Waktu bekerja: 9.00 pagi – 6.00 petang.
Faedah
- Hostel disediakan sekiranya diperlukan.
- Bayaran kerja lebih masa (OT).
- Cuti tahunan.
- Elaun tambahan tertakluk kepada polisi syarikat.
Pay: RM2,000.00 - RM3,200.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Company car
- Meal allowance
Work Location: In person