- Jalan Kota Bharu-Gua Musang Kuala Krai Kelantan Malaysia 18000

工作地点
职位描述
任职资格
Keperluan
Mempunyai pengalaman dalam pengurusan stesen minyak, operasi runcit atau bidang pengurusan operasi yang berkaitan akan menjadi satu kelebihan.
Mempunyai kemahiran kepimpinan dan pengurusan staf serta mampu menyelia operasi harian dengan baik.
Mempunyai kemahiran dalam pengurusan stok, inventori, jualan dan rekod kewangan harian.
Mampu menyediakan, menyemak dan mengurus laporan jualan serta laporan operasi secara berkala.
Mempunyai kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.
Mampu bekerja secara berdikari serta mengurus pelbagai tugasan dalam satu masa.
Bertanggungjawab, teliti, berdisiplin dan mempunyai sikap kepimpinan yang baik.
Mempunyai pengetahuan berkaitan keselamatan tempat kerja, kebersihan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
岗位职责
Tentang Kami
RedRadar International merupakan sebuah agensi pekerjaan yang berpusat di Kota Damansara, Petaling Jaya. Sejak tahun 2012, kami telah membantu ribuan calon mendapatkan peluang kerjaya yang sesuai bersama majikan yang bereputasi di seluruh Malaysia.
Kami pakar dalam menghubungkan individu berbakat dengan organisasi yang menghargai inovasi, prestasi dan perkembangan kerjaya. Pasukan kami akan memberikan sokongan kepada calon sepanjang proses pengambilan pekerja, bermula daripada permohonan sehingga penempatan kerja yang berjaya.
Layari kami: *************
Maklumat Jawatan
Jawatan: Pengurus Stesen Minyak (Petrol Station Manager)
Gaji: RM2,300 – RM2,800
Hari Bekerja: Khamis – Ahad
Waktu Bekerja: 8:30 pagi – 5:30 petang
Lokasi: Lot 1503, Kg Laloh, Jalan Kuala Krai – Gua Musang, 18000 Kuala Krai, Kelantan.
Penerangan Jawatan
RedRadar International sedang mencari calon bagi pihak klien kami untuk mengisi jawatan Pengurus Stesen Minyak (Petrol Station Manager) bagi mengurus dan menyelia keseluruhan operasi harian stesen minyak. Calon yang berjaya akan bertanggungjawab memastikan operasi forecourt, kedai, backcourt dan pejabat berjalan dengan lancar, termasuk pengurusan stok, jualan, kewangan, kakitangan serta penyelenggaraan fasiliti. Jawatan ini memerlukan individu yang mempunyai kemahiran kepimpinan, pengurusan operasi dan pentadbiran yang baik bagi memastikan pematuhan terhadap standard operasi, keselamatan dan kebersihan stesen.
Tanggungjawab Utama
Mengurus operasi harian stesen termasuk kawasan forecourt, kedai, backcourt dan pejabat bagi memastikan keseluruhan operasi stesen berjalan dengan lancar dan teratur.
Memantau kawasan forecourt dan kemudahan stesen termasuk pam minyak, nozzle, tangki simpanan, discharge area, kawasan keluar masuk kenderaan, signboard, tandas, surau dan kawasan sekitar bagi memastikan kebersihan, keselamatan dan keadaan fasiliti sentiasa terjaga.
Memantau operasi kedai dan backcourt termasuk ketersediaan stok, susunan barang di rak dan stor, chiller, gondola, barang tamat tempoh, cigarette planogram serta ketepatan harga pada shelf label.
Mengurus dan memantau stok stesen termasuk stok minyak, barang kedai, penerimaan penghantaran (delivery), GRN, barang yang belum didaftarkan serta keperluan bekalan stesen bagi memastikan stok mencukupi dan rekod adalah tepat.
Mengurus jualan dan urusan kewangan harian termasuk semakan jualan harian (daily sales), e-wallet, redemption, cash float, petty cash serta rekod jualan minyak dan kedai.
Menyediakan dan menghantar laporan operasi termasuk laporan jualan minyak dan kedai, stock report, Epay report serta laporan harian, mingguan dan bulanan yang diperlukan oleh pihak pengurusan.
Mengurus jadual dan hal ehwal staf termasuk penyediaan jadual kerja (roster), kehadiran, permohonan cuti, rekod thumbprint serta penilaian prestasi staf secara berkala.
Memantau sistem dan peralatan stesen termasuk CCTV, sambungan internet, sistem kedai dan sistem operasi berkaitan serta berhubung dengan pihak teknikal atau penyedia perkhidmatan sekiranya berlaku masalah.
Memastikan pematuhan terhadap standard operasi, keselamatan dan kebersihan termasuk Site Operation Safety Manual (SOSM), penggunaan PPE, kebersihan stesen serta tindakan susulan terhadap sebarang kerosakan atau isu keselamatan.
Menjalankan tugas operasi dan pentadbiran lain yang berkaitan termasuk mengurus invois dan credit note, memantau penghantaran barang, menyelaras kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan serta menjalankan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Mengapa Sertai RedRadar?
Di RedRadar International, kami bukan sekadar memadankan calon dengan peluang pekerjaan, malah membantu menghubungkan individu yang berpotensi dengan majikan yang menghargai bakat, inovasi dan perkembangan kerjaya jangka panjang.
Daripada proses saringan resume hingga persediaan temu duga dan sokongan semasa onboarding, pasukan kami komited untuk membantu anda mendapatkan peluang kerjaya yang sesuai serta membina masa depan kerjaya dengan lebih yakin.
好处
Why Join Through RedRadar?
At RedRadar International, we go beyond recruitment —
we help professionals secure stable, growth-oriented career opportunities with reputable employers.
From resume screening to interview preparation and onboarding support, our team ensures you are guided every step of the way toward building a meaningful and successful career.
重要安全守则
申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。