Tentang Jawatan
Kami sedang mencari calon yang berpengalaman dan bertanggungjawab untuk mengisi jawatan Penyelia Pengeluaran di sebuah kilang pembuatan plastik.
Calon yang berjaya akan bertanggungjawab menyelia operasi pengeluaran harian, mengurus pekerja produksi serta memastikan sasaran pengeluaran dan standard kualiti produk sentiasa tercapai.
Skop Kerja
- Menyelia dan memantau operasi pengeluaran harian, khususnya proses Plastic Injection Moulding bagi memastikan pengeluaran berjalan lancar.
- Memastikan sasaran pengeluaran, produktiviti dan kualiti produk dicapai mengikut jadual yang ditetapkan.
- Memantau kualiti bahan mentah dan produk siap supaya mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.
- Bekerjasama dengan jabatan QA, Warehouse dan Logistics bagi memastikan kelancaran operasi dan penghantaran produk tepat pada masanya.
- Memastikan pekerja mematuhi prosedur kerja, standard GMP, keselamatan dan kebersihan kawasan kilang.
- Memberi tunjuk ajar, latihan dan pemantauan kepada pekerja production.
- Menyediakan laporan pengeluaran harian serta memastikan rekod dan dokumentasi dikemas kini.
- Membantu mengenal pasti masalah pengeluaran dan mencadangkan penambahbaikan bagi meningkatkan produktiviti.
Kelayakan & Keperluan
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2–3 tahun pengalaman sebagai Penyelia Pengeluaran atau jawatan berkaitan dalam sektor pembuatan.
- Pengalaman dalam kilang plastik, khususnya Plastic Injection Moulding, adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengalaman mengurus dan menyelia pekerja produksi.
- Memahami asas proses pengeluaran, kawalan kualiti dan keselamatan di tempat kerja.
- Mempunyai kemahiran kepimpinan, komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.
- Boleh bekerja secara berdikari dan bertanggungjawab.
- Bersedia bekerja mengikut sistem syif 12 jam (siang dan malam).
Waktu Bekerja
- Shift Pagi: 7:00 pagi – 7:00 malam
- Shift Malam: 7:00 malam – 7:00 pagi
- Shift 12 jam termasuk OT.
Pay: RM2,500.00 - RM3,500.00 per month
Benefits:
- Health insurance
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person