KLINIK HARMONI 24 JAM IS HIRING!
Jawatan: Pembantu Klinik (Clinic Assistant)
Lokasi: Klinik Harmoni Meru, Ipoh, Perak
Gaji Asas: RM1,700 Sebulan
Job Scope / Skop Kerja
- Menguruskan pendaftaran pesakit dan urusan di kaunter.
- Membantu doktor semasa pemeriksaan dan prosedur rawatan.
- Mengambil dan merekod tanda vital pesakit seperti tekanan darah, suhu badan dan berat badan.
- Menyediakan ubat mengikut preskripsi dan arahan doktor.
- Menguruskan pembayaran, resit dan rekod transaksi harian.
- Memastikan kebersihan, kekemasan dan susun atur klinik sentiasa terjaga.
- Memantau stok ubat, peralatan perubatan dan keperluan klinik.
- Menguruskan temujanji pesakit serta pertanyaan melalui telefon dan WhatsApp.
- Membantu urusan dokumentasi, rekod pesakit dan tuntutan panel.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Kelayakan
- Minimum SPM atau kelayakan setaraf.
- Berpengalaman dalam bidang klinik atau kesihatan merupakan satu kelebihan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan mesra pesakit.
- Jujur, bertanggungjawab, berdisiplin dan boleh bekerja dalam pasukan.
- Bersedia bekerja mengikut sistem syif, termasuk hujung minggu dan cuti umum.
- Calon yang tiada pengalaman tetapi berminat untuk belajar juga dialu-alukan memohon.
Sertai pasukan Klinik Harmoni dan bina pengalaman kerjaya dalam bidang penjagaan kesihatan!
Pay: From RM1,700.00 per month
Benefits:
- Flexible schedule
- Maternity leave
Work Location: In person