TANGGUNGJAWAB
1. Keperluan pekerja, merekrut pekerja, kontrak pekerjaan dan deskripsi tugas
Menggunakan teknik merekrut dan proses pemilihan yang bolen menarik calon berkelayakan menyertaisesebuah perniagaan.
Menghuraikan bidang tugas dengan jelas supaya pekerja menjalankan tugas dengan cekap.
2. Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran
Mewujudkan semangat berpasukan
Setiap pekerja berusaha untuk mencapai KPI pasukan sebagai petunjuk prestasi dalam pekerjaan
3. Prestasi pasukan
Prestasi pasukan akan mempengaruhi kuantiti dan kualiti pengeluaran
Meningkatkan prestasi dan motivasi pasukan melalui latihan dan kursus.
4. Latihan peningkatan kemahiran
Program latihan dan pembangunan diberi secara berterusan
Program latihan dan pembangunan yang dijalankan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang khusus
5. Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni
Persekitaran kerja yang selesa dapat meningkatkan produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja
Persekitaran kerja yang harmoni dapat memberi ruang menjana idea yang baru
6. Pemantaan budaya profesional
Amalan kerja yang beretika ,berintegriti dan mementingkan kecemerlangan dapat wujudkan budaya profesional
Budaya profesional dapat menjamin perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan
7. Menggalakkan kreativiti dan inovasi
Menggalakkan pembangunan bakat pekerja bagi menambahkan kepakaran
Pekerja yang kreatif dan inovatif diberi ganjaran dan penghargaan sebagai motivasi kerja mereka
8. Pemberian insentif yang munasabah
Fungsi ganjaran kepada pekerja adalah untuk meningkatkan pencapaian prestasi, motivasi dan kesetiaan pekerja
Ganjaran yang sesuai dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni
9. Pemberhentian pekerja
Perniagaan perlu ada sistem pemberhentian yang sistematik supaya tiada pembaziran sumber manusia
Pekerja yang menamatkan perkhidmatan atau diberhentikan perlu diberikan ganjaran atau pampasan yang setimpal sebagai tanda penghargaan atas sumbangan khidmat mereka