jobs in Smartlink Engineering Sdn Bhd

全职 OPERATOR PENGELUARAN (PRODUCTION OPERATOR) 工作, 薪水 up to MYR 2,000, Smartlink Engineering Selangor 公司招聘中 - Ricebowl

OPERATOR PENGELUARAN (PRODUCTION OPERATOR)

MYR1,700 - MYR2,000 每月
分享
保存

工作地点

  • Shah Alam Selangor Malaysia

职位描述

岗位职责

Smartlink Engineering Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat kejuruteraan dan pembuatan yang terlibat dalam cable harness, wire assembly, electrical & mechanical assembly, box-build, control panel serta customized engineering solutions untuk pelbagai aplikasi industri.

Kami sedang mencari calon yang berdisiplin, teliti dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kami sebagai Operator Pengeluaran (Production Operator) bagi menyokong kelancaran operasi pengeluaran syarikat.

Lokasi Sekarang : Seksyen 32, Shah Alam.

Fasiliti kami akan berpindah ke Sijangkang, Selangor bermula Januari 2027.

Tanggungjawab Pekerjaan :

  • Menjalankan aktiviti pengeluaran dan pemasangan produk mengikut 'Work Instruction (WI)', 'drawing', spesifikasi dan standard kualiti yang ditetapkan.
  • Melaksanakan kerja cable/wire cutting, stripping, crimping, termination, connector assembly dan wire harness assembly mengikut keperluan produk.
  • Menjalankan proses soldering/pematerian dan pemasangan komponen berkaitan mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Melaksanakan kerja 'electrical & mechanical assembly' serta pemasangan komponen mengikut arahan kerja.
  • Memastikan produk yang dihasilkan memenuhi standard kualiti, spesifikasi dan keperluan pelanggan.
  • Menjalankan pemeriksaan asas terhadap produk dan melaporkan sebarang kecacatan atau ketidakpatuhan kepada penyelia.
  • Memastikan bahan, komponen dan produk dikendalikan dengan betul bagi mengelakkan kerosakan atau kesilapan pemasangan.
  • Memastikan kawasan kerja sentiasa bersih, kemas dan mematuhi amalan 5S serta prosedur keselamatan syarikat.
  • Mencapai sasaran pengeluaran dan memastikan tugasan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Melaksanakan tugasan lain yang berkaitan dengan operasi pengeluaran berdasarkan arahan penyelia atau pihak pengurusan.

Kelayakan & Keperluan :

  • Minimum SPM / SKM atau kelayakan yang setara.
  • Pengalaman dalam bidang manufacturing, production, assembly, cable harness, wire assembly atau soldering merupakan satu kelebihan.
  • Calon tanpa pengalaman tetapi mempunyai minat untuk bekerja dalam bidang manufacturing juga digalakkan memohon kerana latihan kerja akan diberikan.
  • Mempunyai kemahiran asas membaca drawing, Work Instruction atau arahan kerja adalah satu kelebihan.
  • Teliti, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai sikap kerja yang baik.
  • Boleh bekerja secara individu dan dalam pasukan.
  • Mempunyai koordinasi tangan dan mata yang baik serta mampu melakukan kerja pemasangan yang memerlukan ketelitian.
  • Bersedia bekerja lebih masa (overtime) apabila diperlukan.
  • Mempunyai pengangkutan sendiri untuk hadir ke tempat kerja.

Kelebihan bekerja dengan Smartlink Engineering :

  • Latihan dan bimbingan kerja akan diberikan.
  • Peluang untuk mempelajari kemahiran dalam manufacturing, cable harness, electrical/mechanical assembly dan production processes.
  • Persekitaran kerja yang sesuai untuk calon yang ingin membina kerjaya dalam industri pembuatan dan kejuruteraan.

Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month

Benefits:

  • Additional leave
  • Free parking
  • Maternity leave
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

重要安全守则

申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。

了解更多