Kami sedang mencari Manager F&B - Outlet Cold Storage Klang Parade
Ringkasan Peranan
Bertanggungjawab memimpin operasi harian bahagian F&B termasuk pengeluaran produk, kawalan kualiti, kebersihan, perkhidmatan pelanggan dan pengurusan pasukan untuk mencapai sasaran jualan serta kepuasan pelanggan.
Tanggungjawab Utama
- Menyelia operasi harian di bahagian F&B mengikut piawaian syarikat.
- Merancang jadual kerja dan membahagikan tugas kepada anggota pasukan.
- Memastikan pengeluaran produk mengikut resipi, piawaian kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan.
- Memantau stok bahan mentah, membuat pesanan pembekal dan mengawal tahap inventori.
- Menyediakan laporan jualan harian/mingguan serta memastikan pencapaian sasaran KPI.
- Melatih, membimbing dan memotivasikan pasukan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
- Menyelesaikan aduan pelanggan dengan segera dan profesional.
- Memastikan kepatuhan kepada prosedur keselamatan makanan (Halal, HACCP, GMP) dan standard operasi syarikat.
- Menjalankan pemeriksaan kebersihan, susun atur produk dan promosi di kaunter.
- Bekerjasama dengan pihak pengurusan stor dalam melaksanakan promosi dan aktiviti pemasaran.
Kelayakan
- Minimum SPM atau setaraf; sijil/diploma dalam bidang kulinari adalah satu kelebihan.
- Sekurang-kurangnya 3–5 tahun pengalaman dalam operasi makanan segera, termasuk pengalaman sebagai penyelia.
- Pengetahuan dalam teknik masakan, kawalan kualiti dan keselamatan makanan.
- Mempunyai kemahiran kepimpinan, komunikasi, dan pengurusan pasukan.
- Boleh bekerja dalam persekitaran pantas, mengikut syif, hujung minggu dan cuti umum.
- Sikap bertanggungjawab, proaktif dan berorientasikan pelanggan.
Job Type: Full-time
Pay: RM3,500.00 - RM4,500.00 per month
Benefits:
- Health insurance
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Parental leave
Work Location: In person