Memandu dan mengendalikan Long Loader untuk kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan dan penurapan jalan.
Menghantar dan membawa Long Loader ke tapak projek mengikut jadual dan arahan penyelia.
Memastikan pergerakan dan pengangkutan jentera ke tapak projek dilakukan dengan selamat serta mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.
Mengetahui dan mematuhi peraturan berkaitan jentera berat, muatan, laluan, keselamatan jalan raya dan pengangkutan jentera.
Memastikan dokumen, lesen, permit atau kelulusan berkaitan jentera dan pengangkutan adalah sah sebelum bergerak ke tapak projek.
Menjalankan pemeriksaan harian terhadap Long Loader sebelum operasi dan melaporkan sebarang kerosakan atau masalah kepada penyelia.
Memastikan mesin digunakan dengan betul dan tidak menyebabkan kerosakan kepada jalan, kawasan projek atau harta benda.
Mematuhi arahan site supervisor serta prosedur keselamatan di setiap tapak projek.
Memastikan Long Loader diparkir dan disimpan di lokasi yang ditetapkan selepas selesai kerja.
Menjaga kebersihan, keselamatan dan keadaan mesin serta menjalankan pemeriksaan asas seperti minyak enjin, hydraulic, tayar dan bahagian penting mesin.
Bersedia bergerak ke pelbagai lokasi projek mengikut keperluan syarikat.
Kelayakan & Keperluan :
Mempunyai pengalaman sebagai Long Loader Driver / Heavy Machinery Operator, khususnya dalam road construction, adalah satu kelebihan.
Mempunyai lesen memandu dan lesen/kompetensi yang sah untuk mengendalikan jentera berat yang berkaitan.
Mempunyai pengetahuan yang baik mengenai undang-undang jalan raya dan peraturan berkaitan pengangkutan jentera berat.
Berpengalaman membawa atau memindahkan jentera berat ke tapak projek adalah satu kelebihan.
Mempunyai pengetahuan asas mengenai pemeriksaan dan penjagaan jentera berat.
Bersedia bekerja lebih masa, hujung minggu atau mengikut jadual projek apabila diperlukan.
Mempunyai disiplin yang baik, bertanggungjawab dan mengutamakan keselamatan.
Mempunyai rekod pemanduan yang baik dan mematuhi semua peraturan keselamatan jalan raya.