Pengurusan Sumber Manusia (HR)
- Perekrutan & Onboarding: Mengendalikan keseluruhan proses pengambilan pekerja bermula daripada pengiklanan jawatan, sesi temu duga, proses onboarding (kemasukan pekerja), sehinggalah pengesahan jawatan (employee confirmation). [1]
- Dokumentasi HR: Menyedia dan menguruskan dokumen rasmi pelantikan dan perkhidmatan seperti Surat Tawaran Kerja, Kontrak Perkhidmatan, Surat Pengesahan, Surat Amaran, serta Surat Peletakan/Penamatan Jawatan.
- Tadbir Urus Rekod: Menyelenggara, mengemas kini dan memastikan keselamatan fail peribadi kakitangan serta rekod HR yang lain.
- Pemantauan Kehadiran: Mengawal selia kehadiran pekerja, permohonan cuti, cuti sakit (MC), tuntutan kerja lebih masa (OT), dan menangani isu ketidakhadiran pekerja.
- Pengurusan Payroll & Statutori: Menyelaraskan proses penggajian bulanan serta memastikan caruman badan statutori (EPF, SOCSO, EIS, PCB, dan HRD Corp) dihantar dengan tepat dan mengikut masa yang ditetapkan.
- Hubungan Pekerja: Mengendalikan kes-kes hubungan industri, tindakan tatatertib, aduan disiplin, serta menjawab sebarang pertanyaan berkaitan kebajikan pekerja.
- Pematuhan Undang-Undang: Memastikan segala dasar syarikat dan amalan kerja sentiasa selaras dengan Akta Kerja 1955 (Employment Act) serta peraturan yang berkuat kuasa.
Pentadbiran Pejabat (Administration)
- Operasi Harian: Mengurus dan memastikan operasi harian pejabat berjalan dengan lancar dan efisien.
- Dokumentasi Korporat: Menyediakan surat-menyurat rasmi, laporan perniagaan, minit mesyuarat, dan dokumen korporat syarikat dengan kemas dan teratur.
- Sistem Pemfailan: Melaksanakan dan menyelenggara sistem pemfailan yang sistematik bagi dokumen HR, pentadbiran, dan sulit syarikat.
- Aset & Bekalan: Memantau stok bekalan pejabat, menyelia penyelenggaraan perkakasan/peralatan, dan mengurus keperluan logistik pejabat.
- Sokongan Logistik & Acara: Menyelaraskan jadual mesyuarat syarikat, urusan tempahan perjalanan (travel arrangements), serta memberikan sokongan pentadbiran secara menyeluruh.
Pay: RM1,800.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
- Cell phone reimbursement
- Free parking
- Maternity leave
- Parental leave
Work Location: In person