- Jalan RT 9 Selayang Selangor Malaysia
工作地点
职位描述
岗位职责
Tanggungjawab:
· Mengendalikan peralatan spray booth untuk menyembur cat atau salutan pada komponen logam mengikut spesifikasi pengeluaran yang ditetapkan.
· Menyediakan permukaan komponen sebelum proses mengecat dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan, pengamplasan, penutupan (masking), dan pemeriksaan.
· Menyediakan dan mencampurkan cat, primer, dan bahan salutan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).
· Memantau kualiti cat, ketebalan salutan, keseragaman warna, dan kemasan bagi memastikan ia memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan.
· Melaras spray gun dan tetapan spray booth bagi memastikan proses penyemburan cat dilakukan dengan optimum.
· Memastikan kuantiti pengeluaran adalah tepat serta melaporkan jumlah pengeluaran kepada penyelia dengan segera.
· Melaksanakan pembersihan dan penyelenggaraan rutin terhadap peralatan spray booth dan peralatan mengecat sebelum memulakan kerja serta memastikan semua peralatan sentiasa bersih.
· Mematuhi semua prosedur keselamatan di tempat kerja, termasuk penggunaan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang betul serta pengendalian bahan berbahaya secara selamat.
· Memeriksa produk siap bagi mengesan sebarang kecacatan, menjalankan kerja pembaikan (touch-up) apabila diperlukan, serta melaksanakan pemeriksaan kualiti produk yang diarahkan dari semasa ke semasa.
· Merekodkan data pengeluaran dan melaporkan sebarang kerosakan peralatan atau isu berkaitan kualiti kepada penyelia.
· Melapor diri kepada penyelia sebelum memulakan kerja, sebelum meninggalkan tempat kerja pada bila-bila masa semasa waktu bekerja, dan sebelum tamat syif.
· Memastikan kebersihan kawasan kerja dan mengamalkan housekeeping yang baik di kawasan pengeluaran.
· Menggunakan semua Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang disediakan atau diwajibkan semasa menjalankan tugas.
· Melaporkan dengan segera kepada penyelia sebarang kemalangan, keadaan mesin, peralatan atau acuan (mould) yang tidak selamat.
· Mematuhi semua arahan, peraturan dan langkah-langkah berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP/OSH) yang ditetapkan oleh majikan.
Kelayakan:
· Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf.
· Mempunyai kenderaan sendiri dan lessen memandu yang sah.
· Bersedia bekerja mengikut syif.
· Bersedia bekerja lebih masa.
· Boleh bekerja dalam persekitaran kilang
· Minat untuk belajar, boleh bekerja secara berdikari dan bermotivasi tinggi.
· Mempunyai rekod kehadiran yang baik.
· Mempunyai sikap tanggungjawab dan disiplin yang baik.
Faedah:
· Elaun makan kerja lebih masa dan elaun syif
· Insentif kehadiran
· Bonus / insentif / kenaikan gaji berdasarkan prestasi
· Ganjaran pertandingan bulanan
· Latihan semasa bekerja disediakan
· Perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi (PA)
· Klinik panel Syarikat & Klinik In-House
· Pakaian seragam dan peralatan keselamatan disediakan
· Semua cuti umum (Selangor) dipatuhi
· Subsidi minuman
· Jawatan tetap
Job Type: Full-time
Pay: RM1,700.00 - RM1,800.00 per month
Benefits:
License/Certification:
Work Location: In person
重要安全守则
申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。