Tugasan kerja:
- Menerima stok daripada pembekal dan menyemak kuantiti serta keadaan barang.
- Menyusun dan menyimpan stok di stor mengikut kategori dan prosedur yang ditetapkan.
- Memastikan stor sentiasa kemas, bersih, dan teratur.
- Memantau tahap stok dan memaklumkan kepada penyelia jika stok hampir habis atau berlebihan.
- Meletakkan tanda harga pada rak dan gondola mengikut jenis barang.
- Memastikan tanda harga yang dipamerkan adalah betul pada jenis barang yang disediakan.
- Memastikan amalan FIFO (First In, First Out) dipatuhi, terutamanya untuk barangan yang mempunyai tarikh luput.
- Memastikan pematuhan kepada prosedur keselamatan dan kebersihan di kawasan stor.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.
Kemahiran yang diperlukan:
- Teliti dan bertanggungjawab.
- Mampu mengangkat dan mengendalikan barang.
- Boleh bekerja secara berpasukan dan mengikut jadual syif.
Pay: From RM1,700.00 per month
Work Location: In person