Kami merupakan kontraktor mekanikal yang sedang mencari calon yang bertanggungjawab, teliti dan berdisiplin untuk menyertai pasukan kami sebagai Project and Maintenance Admin Assistant. Skop kerja adalah seperti berikut:
Tugasan:
- Membantu dalam penyediaan dokumen tender dan tugasan pentadbiran berkaitan.
- Menyelia dan menyelaras projek penyelenggaraan, termasuk penjadualan dan pemantauan kemajuan kerja.
- Menyediakan laporan penyelenggaraan serta dokumentasi bergambar bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan.
- Menyediakan dan memproses Purchase Order (PO) serta dokumen perolehan lain.
- Berurusan dengan kontraktor, pembekal, dan jabatan dalaman bagi penyelarasan kerja.
- Menyelenggara rekod dan sistem fail berkaitan aktiviti penyelenggaraan dan projek.
- Membantu dalam penyediaan, penyusunan dan penghantaran dokumen tender serta sebut harga.
- Menyimpan dan mengurus fail tender serta dokumen berkaitan secara sistematik serta memantau tarikh tutup tender.
Kelayakan:
- Diploma / Ijazah dalam bidang Kejuruteraan & Pentadbiran (Mekanikal, Elektrikal, Awam, Pentadbiran atau bidang berkaitan).
- Pengalaman dalam bidang penyelenggaraan, pembinaan atau pentadbiran projek.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan pengurusan yang baik.
- Mahir menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint).
- Teliti, teratur dan mampu bekerja mengikut tarikh yang ditetapkan.
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
Work Location: In person