Jawatan Kosong: Eksekutif Sumber Manusia (HR Executive)
Lokasi: Bandar Baru Bangi
Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa
Tanggungjawab
- Mengurus keseluruhan proses pengambilan pekerja, termasuk pengiklanan jawatan, saringan calon, temu duga, dan proses kemasukan pekerja baharu.
- Mengendalikan rekod pekerja dan memastikan maklumat sentiasa dikemas kini.
- Mengurus kehadiran, cuti, tuntutan, dan dokumentasi berkaitan HR.
- Mengendalikan proses gaji menggunakan perisian SQL HR.
- Memastikan pematuhan terhadap Akta Kerja dan polisi syarikat.
- Menyediakan laporan HR dan membantu dalam aktiviti pembangunan pekerja.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan
- Diploma atau Ijazah dalam Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Perniagaan, atau bidang berkaitan.
- Minimum 2 tahun pengalaman dalam bidang Sumber Manusia.
- Mempunyai pengalaman menggunakan perisian SQL HR adalah WAJIB.
- Mahir menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint).
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
- Bertanggungjawab, teliti, berdisiplin, dan mampu bekerja secara berdikari serta dalam pasukan.
Kelebihan
- Gaji yang kompetitif (berdasarkan pengalaman).
- Caruman KWSP, PERKESO dan EIS.
- Cuti tahunan dan cuti sakit.
- Peluang latihan dan pembangunan kerjaya.
Pay: RM2,300.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
- Cell phone reimbursement
- Free parking
- Maternity leave
Application Question(s):
- Tahu menggunakan SQL HR?
- Berapa bulan notis berhenti kerja?
- Berapa gaji dipinta?
Work Location: In person