JAWATAN KOSONG: PELUKIS PELAN 3D
Syarikat: Mahligai Idaman Development Sdn Bhd
Lokasi: Tunjong, Kota Bharu, Kelantan
⸻
Peranan Utama:
Kami mencari pelukis pelan 3D yang kreatif & berkemahiran teknikal untuk menghidupkan rekaan rumah pelanggan sebelum ia dibina. Tugasan anda termasuk menghasilkan visualisasi luaran & dalaman rumah yang memukau, serta menyediakan video walk-through yang mampu meninggalkan “wow factor” kepada prospek.
⸻
Skop Tugas Utama:
- Menyediakan model 3D luaran & dalaman mengikut pelan arkitek.
- Menghasilkan rendering berkualiti tinggi untuk prospek & bahan promosi.
- Membuat video walk-through dari model 3D sedia ada.
- Menyunting video rendering untuk media sosial & presentasi.
- Bekerjasama rapat dengan pelukis pelan 2D, arkitek & pasukan pemasaran.
- Membuat revisi reka bentuk berdasarkan maklum balas pelanggan.
- Menyusun fail projek secara teratur dalam sistem syarikat.
⸻
Kelayakan & Kemahiran WAJIB:
- SketchUp (wajib mahir).
- AutoCAD (kukuh asas lukisan pelan 2D).
- Kemahiran rendering menggunakan V-Ray, Lumion atau Enscape.
- Boleh hasilkan & sunting video walkthrough (CapCut, Premiere Pro atau setara).
- Kreatif dalam pencahayaan, perspektif, susun atur & warna.
- Portfolio 3D + video walkthrough sangat digalakkan untuk temuduga.
⸻
Waktu Bekerja:
Ahad – Khamis (Jumaat & Sabtu cuti)
⸻
Gaji & Faedah:
- Caruman KWSP & SOCSO
- Suasana kerja kreatif & mesra
- Peluang terlibat dengan projek rumah sebenar setiap minggu
Job Type: Full-time
Pay: RM1,800.00 - RM2,100.00 per month
Education:
- Diploma/Advanced Diploma (Required)
Experience:
- Sketchup: 1 year (Preferred)
Language:
Work Location: In person