JOB DESCRIPTION – KITCHEN CREW
BABY CAKOI
1. JOB PURPOSE
Bertanggungjawab menyediakan, memasak dan memastikan semua produk Baby Cakoi disediakan mengikut standard kualiti, kebersihan dan SOP syarikat.
2. JOB RESPONSIBILITIES (TANGGUNGJAWAB KERJA)
- Menyediakan doh cakoi dan bahan-bahan mengikut sukatan serta resepi yang ditetapkan.
- Menggoreng cakoi mengikut teknik dan masa yang betul.
- Menyediakan topping, powder flavour dan dipping sauce.
- Memastikan semua makanan disediakan dalam keadaan bersih, segar dan berkualiti.
- Membuat persediaan bahan mentah sebelum operasi bermula.
- Memastikan stok bahan mentah mencukupi dan memaklumkan kepada supervisor jika stok hampir habis.
- Menjaga kebersihan kawasan dapur, peralatan memasak dan tempat penyediaan makanan.
- Memastikan peralatan dapur digunakan dengan betul dan selamat.
- Membantu menyediakan dan membungkus pesanan pelanggan mengikut order.
- Memastikan setiap pesanan betul sebelum diserahkan kepada bahagian service.
- Membantu kerja-kerja closing seperti mencuci peralatan, menyimpan bahan dan mengemas dapur.
- Melaksanakan arahan supervisor atau management dari semasa ke semasa.
3. REQUIREMENTS (KELAYAKAN)
- Rajin, bertanggungjawab dan menepati masa.
- Boleh bekerja dalam pasukan.
- Mempunyai sikap positif dan mudah menerima arahan.
- Menjaga kebersihan diri dan kawasan kerja.
- Boleh bekerja dalam keadaan sibuk.
- Pengalaman dalam bidang F&B adalah satu kelebihan.
- Bersedia bekerja mengikut jadual shift.
4. WORKING ATTITUDE (SIKAP KERJA)
- Sentiasa menjaga disiplin dan profesionalisme.
- Tidak membazir bahan mentah.
- Tidak meninggalkan workstation tanpa kebenaran.
- Mengutamakan kebersihan, kualiti makanan dan kepuasan pelanggan.
POSITION: Kitchen Crew
DEPARTMENT: Kitchen / Operations
COMPANY: Baby Cakoi
Pay: RM1,700.00 per month
Benefits:
Work Location: In person