jobs in BRILLIANT HEALTHCARE SDN BHD

全职 PEMBANTU PENGURUS (WAREHOUSE) 工作, 薪水 up to MYR 3,500, BRILLIANT HEALTHCARE SDN BHD Federal Territory 公司招聘中 - Ricebowl

PEMBANTU PENGURUS (WAREHOUSE)

BRILLIANT HEALTHCARE SDN BHD

KL City, Federal Territory

分享
保存

工作地点

  • Kuala Lumpur Federal Territory Malaysia

职位描述

岗位职责

PEMBANTU PENGURUS (WAREHOUSE)
GAJI: RM 2,500 - RM 3,500
LOKASI: BRILLIANT WORLD HOLDINGS
HARI: ISNIN - JUMAAT
JAM BEKERJA: 8;00 AM - 6:00 PM

JOB SKOP:

1. Perancangan Strategik & Kawalan Operasi
Merancang strategi pembelian dan pengurusan stok, menetapkan sasaran jabatan serta memastikan operasi dilaksanakan mengikut SOP dan mencapai objektif organisasi.

2. Kawalan Kos & Analisis Kewangan
Menganalisis kos pembelian, jualan dan margin keuntungan serta menyediakan laporan berkala bagi mengenal pasti peluang penjimatan dan penambahbaikan prestasi.

3. Pematuhan GDPMD / GDP
Memastikan proses pembelian, penerimaan, penyimpanan dan pengedaran produk mematuhi SOP, keperluan regulatori serta standard GDPMD / GDP yang berkaitan.

4. Pengurusan Supplier & Rundingan Harga
Mengurus hubungan, rundingan harga, penilaian prestasi dan pemantauan pematuhan supplier bagi memastikan bekalan berkualiti, kos kompetitif dan penghantaran mengikut keperluan.

5. Sistem & Dokumentasi
Memastikan dokumen, rekod pembelian, data stok dan sistem pemfailan fizikal serta digital diurus dengan lengkap, tepat, sistematik dan terkawal.

6. Kepimpinan & Penyelarasan Pasukan
Menyelia, menyelaras dan memantau tugasan serta prestasi staf bagi memastikan produktiviti, kerjasama dan pencapaian sasaran jabatan.

7. Pengurusan Risiko & Kontingensi
Mengenal pasti dan mengawal risiko berkaitan bekalan, tahap stok, kelewatan penghantaran serta produk hampir luput atau luput, termasuk menyediakan pelan tindakan alternatif.

8) Pembangunan Jualan & E-Commerce
Menganalisis prestasi produk dan trend pasaran serta mencadangkan strategi pengembangan produk, promosi dan pengoptimuman jualan melalui saluran e-commerce dan koperasi.

9) Pengurusan Stok & Rekod Inventori
Memastikan ketepatan rekod inventori, pelaksanaan stock take, pemantauan tahap stok serta pengurusan tempahan keperluan klinik dan koperasi berjalan lancar.

10) Pengurusan Cover Tugas & Kapasiti Pasukan
Merancang pelan penggantian tugas, cross-training dan pengagihan beban kerja bagi memastikan kesinambungan operasi serta penggunaan tenaga kerja yang optimum.

11) Kawalan Pihak Ketiga & Kebenaran Principal
Memastikan kebenaran principal, dokumentasi pihak ketiga dan kawalan pengedaran produk dipatuhi serta prestasi pihak berkaitan dipantau mengikut keperluan organisasi dan regulatori.

12) Penyeliaan Operasi Konsainmen (Antaviro)
Menyelia proses pesanan, penerimaan, penyimpanan, pembungkusan, penghantaran dan rekonsiliasi stok konsainmen bagi memastikan ketepatan rekod serta pengiraan pembahagian keuntungan.

13) Arahan & Tugasan Semasa
Melaksanakan tugasan dan projek khas yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa selaras dengan skop jawatan dan objektif organisasi.

KELAYAKAN

1. Akademik
- Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Rantaian Bekalan, Logistik, Pengurusan Perniagaan, Pembelian, Pengurusan Operasi atau bidang berkaitan.

2. Pengalaman Kerja
- Mempunyai pengalaman dalam pengurusan pembelian, inventori, supplier dan operasi stok.
- Pengalaman dalam industri farmaseutikal, peranti perubatan atau penjagaan kesihatan serta pematuhan GDPMD/GDP merupakan satu kelebihan.
- Pengalaman menyelia pasukan dan mengawal kos operasi adalah diutamakan.

3. Pengetahuan Teknikal
- Mempunyai pengetahuan dalam proses pembelian, kawalan inventori, stock take, rundingan harga dan penilaian supplier.
- Mempunyai kemahiran analisis kos, margin keuntungan, trend jualan dan penyediaan laporan.
- Memahami penggunaan Microsoft Excel dan sistem pengurusan stok atau ERP.
- Mempunyai pengetahuan berkaitan GDPMD/GDP, pengurusan produk hampir luput serta dokumentasi regulatori merupakan satu kelebihan.

4. Kompetensi
- Mempunyai kemahiran kepimpinan, perancangan strategik dan penyelesaian masalah.
- Mempunyai kemahiran komunikasi, rundingan dan pengurusan hubungan supplier yang baik.
- Teliti, sistematik, berintegriti dan mampu membuat keputusan berdasarkan data.
- Mampu mengurus pelbagai tugasan, mengawal risiko dan memastikan kesinambungan operasi jabatan.

BENEFITS:
Faedah Kerjaya & Pembangunan Profesional
a. Gaji kompetitif mengikut kelayakan & pengalaman
b. Peluang kenaikan pangkat & pembangunan kerjaya
c. Kenaikan gaji tahunan
d. Elaun Makanan, Parking, Perjalanan & Prestasi
e. Berpeluang menyertai program pembangunan kerjaya
Faedah Kesihatan & Kebajikan Pekerja dan Keluarga
a. Elaun Perubatan
b. Faedah perubatan termasuk keluarga di semua cawangan Klinik Daddy
c. Surau & bilik rehat wanita yang selesa
d. Bantuan persekolahan anak staf
e. Diskaun pendidikan untuk anak kakitangan di MTSFAZ
Aktiviti & Ganjaran
a. Makan malam tahunan & jamuan raya
b. Team building
c. Aktiviti sukan & rekreasi
d. Pakaian korporat disediakan
Kemudahan & Lokasi
a. Lokasi pejabat strategik: Berhadapan KL East Mall, berhampiran BSN, klinik, kedai serbaneka & lif
Faedah Lain
a. Cuti tahunan & cuti sakit
b. Cuti Umrah untuk staf tetap
c. Caruman KWSP, SOCSO & SIP

Cara Memohon:
Hantar resume & portfolio anda ke:
Email: *************
WhatsApp: +*************

Pay: RM2,500.00 - RM3,500.00 per month

Benefits:

  • Health insurance
  • Meal allowance
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

重要安全守则

申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。

了解更多