Kami di Pasar Raya Berkat Yusri membuka peluang kepada individu yang berminat untuk memulakan kerjaya dalam bidang perakaunan sebagai Akaun Payable.
Gaji: RM1,700 sebulan
Lokasi: Tunjong
Syarat Kelayakan:
- Sijil, Diploma atau Degree dalam bidang Perakaunan, Kewangan, atau bidang berkaitan (diutamakan tetapi tidak wajib).
- Berpengalaman dalam bidang peruncitan diutamakan
- Mahir atau mempunyai asas dalam Microsoft Excel dan kemahiran komputer asas.
- Sikap yang rajin, teliti, dan sentiasa bersedia untuk belajar.
Tanggungjawab Utama:
- Mengurus penyediaan invois harian dan invois mengikut terma pembayaran
- Mencetak dan menyemak resit harian
- Menyediakan baucar bayaran (Payment Voucher)
- Membuat semakan nota kredit (CN) dengan pembekal
- Terlibat secara langsung dalam berurusan dengan pembekal melalui telefon dan bersemuka
- Memastikan proses pembayaran pembekal mengikut ketetapan syarikat
- Memastikan semua rekod kewangan dan dokumen disusun dengan teratur.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diberikan oleh pihak pengurusan.
Job Type: Full-time
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Work Location: In person