SKOP TUGAS & TANGGUNGJAWAB
- Merancang, mencari dan mengenal pasti peluang event seperti ekspo, pameran, roadshow, product launching dan promosi syarikat.
- Mengurus keseluruhan perancangan event daripada peringkat awal sehingga selesai.
- Menyediakan proposal, jadual perjalanan, bajet dan perancangan keperluan event.
- Berurusan dan berunding dengan pihak penganjur, vendor, pembekal serta pihak berkaitan.
- Mengurus tempahan tapak, booth, dekorasi, peralatan, pengangkutan dan keperluan logistik.
- Menyelaras tenaga kerja serta membahagikan tugasan kepada staf yang terlibat.
- Turun padang dan mengetuai operasi bagi memastikan event berjalan lancar.
- Menyelesaikan sebarang masalah atau perkara luar jangka sepanjang event berlangsung.
- Bekerjasama dengan jabatan Sales, Marketing dan Design untuk memastikan persediaan promosi dan pemasaran event.
- Menyediakan laporan selepas event termasuk kos, pencapaian, hasil jualan (jika berkaitan) dan cadangan penambahbaikan.
KELAYAKAN & KRITERIA CALON
- Mempunyai pengalaman dalam bidang Event Management / Event Planning adalah satu kelebihan.
- Mempunyai kemahiran merancang, mengurus dan mengendalikan event secara praktikal.
- Kreatif, proaktif, bertanggungjawab dan mampu bekerja secara berdikari.
- Mempunyai kemahiran komunikasi, rundingan dan penyelesaian masalah yang baik.
- Mampu mengurus bajet, vendor dan tenaga kerja.
- Bersedia bekerja di luar pejabat, melakukan perjalanan serta bekerja pada hujung minggu atau cuti umum apabila diperlukan.
- Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri adalah satu kelebihan.
Pay: RM1,700.00 - RM4,000.00 per month
Benefits:
- Cell phone reimbursement
- Company car
- Flexible schedule
- Free parking
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Parental leave
Work Location: In person