PEREKA GRAFIK (PENERBITAN & MEDIA DIGITAL)
Kami mencari pereka grafik yang akan memberi tumpuan utama kepada reka bentuk dan reka letak buku teks serta bahan pendidikan, di samping menghasilkan bahan grafik untuk media digital syarikat. Calon berpengalaman dan calon tanpa pengalaman, termasuk graduan baharu, dialu-alukan untuk memohon.
Tanggungjawab Utama
- Menghasilkan reka bentuk dan reka letak buku teks serta bahan penerbitan lain.
- Menyusun teks, gambar, ilustrasi dan elemen grafik supaya kemas, menarik serta sesuai dengan pembaca sasaran.
- Bekerjasama dengan pasukan editorial untuk melaksanakan pindaan dan menyediakan fail akhir bagi tujuan percetakan.
- Menghasilkan bahan grafik untuk media sosial, promosi dan keperluan digital syarikat mengikut keperluan projek.
- Menyiapkan tugasan mengikut jadual, prosedur operasi standard (SOP) dan standard kualiti yang ditetapkan.
Kemahiran dan Keperluan
- Mahir menggunakan Adobe InDesign, Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop.
- Mampu menghasilkan reka letak buku serta bahan grafik untuk penerbitan bercetak dan media digital.
- Teliti, mampu mengurus tugasan dan bekerja dalam tempoh yang ditetapkan.
- Bersedia bekerja lebih masa sekiranya diperlukan bagi memenuhi keperluan projek.
Pay: From RM1,800.00 per month
Ability to commute/relocate:
- Kuala Lumpur: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)
Work Location: In person